Tuesday, March 29, 2011

Review

24-26hb Mac, Melaka..

Baru2 ni fakulti ana ada wat program bersama student2 dari kampus lain utk review work masing.. antara kampus yg trlibat ialah dr melaka, kedah, perak dan terengganu. Program ni diadakan di hotel sri malaysia. Mula2 ana agak takut sbb work ana xda la hebat sgt nk pamer kt depan student2 lain.. Tp lepas 2 ana ok skit sbb masing2 bleh tunjuk work masing2 pd lectr2 yg ada kt situ secara personal. Ana jumpa 4 org lectr, Pn. Su, Pn. Azian, En. Azlan & En. Junid. Masing2 bg pendpt yg brbeza mengenai work ana. Kebetulan work ana melibatkn khat kufi, alhamdulillah En. Azlan & En. Junid pakar dalam khat kufi, jadi ada sdkit pembetulan yg perlu dilakukan dan ana sgt brpuas hati dgn khat kufi baru ana! ^____^

Alhamdulillah lepas review kt melaka ni, ana rasa brsemangat nk wat keja! Moga sgala urusan ana dipermudahkn.. ameen..







Monday, March 28, 2011

S.A.K.I.T yang indah~

Kemungkinan/Hikmah sakit yg ana dpt fikirkan…

  1. Mengurangkan nafsu makan
  2. Tidak membazir
  3. Dapat mendekatkan diri pd Allah
  4. Jimat :P
  5. Kurangkn berat badan ;P
  6. Mengenal erti kepentingan makanan dalam hidup.
  7. Mula berhati-hati dengan makanan/minuman yang perlu di BOIKOT.

Naqibah ana pernah cakap dlm usrah, “jika seseorang meninggalkan makanan yang disukainya, Allah akan mengangkat darjatnya.”

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, bahwa baginda menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu baginda bersabda (yang ertinya):

”Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.”

(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)


Sakit itu indahnya jika kita hadapi dan hayatinya dgn iman..

Di sini ada serba sedikit pengisian dr adik ana, achik yg brtajuk “~ibrah dari sakitku~

~manisnya iman~ (~^___^~)

Sunday, March 13, 2011

Sahabat :)



Seindah pemandangan alam

Cuba untukku hiasi kata

Cuba untuk menyulam bait-bait ayat

dengan kilauan emas agar merajai hati mu.

Hari ini Tuhan memberi kelapangan untuk hayat mu bertamu di dunia fana’

Penghujung usia manfaatlah sebaiknya,

Moga umur mu diberkati,

Moga umatku kesampaian,

Moga diri mu terpelihara dengan sifat-sifat yang mulia.

Sanah helwa sodiqoti,

Selamat berjaya di dunia dan di akhirat J

Buat mu sahabat yang dicintai ;-)

Saturday, March 12, 2011

semoga berbahagia d hari rahmatmu sygku angah~



assalamualaikum angah yg ku cintai..
owh maduku.. oh penawarku..
hanya ebberapa detik lagi akan dikau peroleh usia yg makin meningkat..
semoga semakin meningkat usia mu .. maka semakin meningkatlah kematanganmu.
angah.. mengenalimu bagaikan sebuah rahmat yg dtg bertandang..
hadirmu ku dambakan selalu..
helaan nafasmu sentiasa d sisi ukhwah..
dikau x pernah lelah dl mengejar langkah ukwhah yg semakin tersungkur..
kak..
dikau tegakkan kembali yg hampir runtuh..

jika ku matahari.. aknku hangatkanmu dgn kaseh n syg..
jika ku pelangi.. akn ku warnai hidupmu.. aku ku coretkan potret indah..
jika ku bulan akn ku terangi mlm gelapmu
jika ku si bintang.. akn ku berkelip2 melihatkan sirna manisku buatmu..


kak..

achik hanya buleh anta bingkisan jiwa hati buatmu.. achik x mampu buat lebih2.. hanya ini yg achik mampu.. ku iringi hari bahagia mu dengan doa kudus.. kak ngah.. achik oweys missh u.. d harapkan kita kan bersatu d dunia nyata.. hehee. agak2 angah nk x jumpe achik? hehe.. bile berjumpoa akn achik buaikan angah dengan buaian rindu d tmn asmara.. ceewwaah! amin..

syg angah!

sanah helwah ya habibatie
dikau.. sentiasa ada .. sentiasa ada.. sentiasa..
ku x kan pernah merasa sunyi biarpun tiada kabar berita darimu..

~achik~





Friday, March 11, 2011

HAWA...



Hawa.....

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah istei yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah.


Hawa.....

Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa.....

Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilaiwanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....


Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibua bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.....


Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintilah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga......


JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI....


SEmoga dpt mmbri peringatan bagi sendiri ana...dan shbt2 mujahidh ana sekelian semoga drhmti ALLAH..INSYAallah..

Wallahua'lam..


by AinunMardhiah عين مرضية

Thursday, March 10, 2011

islam bermusim


Bermusim..
mereka berjaya..mereka ketawa!!
kerana kita sudah bermusim..
kita selesa bermusim..

Dakyah yahudi dan dajjal berjaya..
mereka 'didik' kita untuk bermusim..bukan istiqamah..
mereka ranapkan budaya istiqamah dari dada umat Islam..
sgt mudah....
sambut hari jadi..sambut hari ibu..
sambut merdeka..sambut tahun baru..
dan terus menerus dengan sambutan...tahunan....bulanan...
..dalam quran ALLAH berfirman.."....fastaqim kama umirta.."-maka istiqamahlah sebagaimana diperintahkan..

tapi kita bermusim..
ulangkaji bermusim---ketika exam
solat hajat dan berdoa---ketika exam dan ketika sulit hadapi kehidupan
ingat saudara2 Palestin---ketika mereka dihenyak hebat dlm laporan media (padahal setiap hari mereka berperang menunaikan amanah pertahankan agama yg kita pikul bersama)

kita dilatih berdebat..sedangkan agama melarang..
berdebat di peringkat sekolah,daerah,negeri,antarabangsa...dan seterusnya..
gah dengan hujah biarpun di pihak salah..
anak2 debat ini diajar mempertahankan apa sahaja biarpun awal nyata sudah salah..
kita kata ini sillibus, jadi kita pertahankan..
yahudi laknat tidak perlu ada bersama kita untuk mempertahankan dakyah mereka..
cukup sudah budaya2 dan 'anak didik' mereka mempertahankan hasil sistem yang direka..
tapi yakin kita masih positif..
dalam kelat buah,masih ada yang manis!
bukan semua 'anak didik' ini bawa budaya yang sama..krn masih ada yg tulus hatinya..
yahudi laknatullah,kamu tidak akan bisa menang!

kita bukan merdeka...malah fitrah kita menderita..

kita dilatih dakwah dgn aktiviti..
ada kalangan kita dakwah kita hanya aktiviti oriented..
ada aktiviti..ada penonton...orite sudah!
ceramah,forum,circle..kuiz..dan macam2 lg direka..
sasaran aktiviti.."mesti org kena hadir..org tak hadir, jd masalah.."..
guruku yang satu..katanya.."usah mengelamun jauh bila kita masih bertatih..tapi usahalah untuk menjadi rijal tarbawi"
mana pemahaman dakwah fardhiah dan umum kita??
untuk apa kita berdakwah?
dakwah = aktiviti?
jawabnya kita kena belajar lagi..

lapangkan dada..duduk semeja..
jgn mudah mengata cerca...langsung al quran diambil bermusim juga..(apa ini???)
Al quran diambil bila-bila suka..jika untuk berdebat dan berhujah, kita takkan ke mana..
kerana quran bukan di hati kita..
hanya gah berkata-kata..
kita takkan ke mana..
kita takkan ke mana..

astaghfirullah..
innallaha kana tawwaba..

Dipetik dari,
Ilham Al Adwa'

Monday, March 7, 2011

Peringatan dari mawar berduri~



Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diringi episod suka dan ketawa,
kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia..

Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah,
walaupun sukar dan perit,
perjuangan perlu diteruskan...

Biar rebah tersungkur,
biar luka berdarah,
kita harus teruskan juga..

Kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH..

Saturday, March 5, 2011

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianyaadalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

~Nur Aisyah Zainordin~

- Artikel iluvislam.com


-gambar hiasan. (Fitri UNIC & isteri)

Thursday, March 3, 2011

Pesan Mak..


pesan mak..
jangan sedih2...apa yang terjadi ada hikmahnya..

pesan mak...
jangan putus asa..tuhan tak suka...

pesan mak...
teruskan berdoa...tuhan sentiasa dengar...

pesan mak...
kalau jiwa rasa kosong, mengajilah..penuhkan dengan ayatul quran...

pesan mak...
kalau rasa sunyi..berselawatlah..ramai malaikat teman...

pesan mak..
kuatkanlah hati... jangan mudah jatuh....

pesan mak...
terima dengan redha...jangan mengeluh dan terus mengeluh...

pesan mak....
jaga baik2 apa yang ada...jangan sampai hilang lagi....

pesan mak............

Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya orang yang mengatakan: "Rab (Tuhan) kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.” (Surah Fussilat ayat 30)


Popular Posts