Tuesday, July 12, 2011

Tips Istiqamah Melakukan Kebaikan




1. Memperbaiki hati (ikhlas kerana Allah)

2. Berdoa kepada Allah. Ini kerana doa merupakan kunci segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

3. Tidak panjang angan-angan.

4. Mempelajari dan mengetahui keutamaan istiqamah dalam diri dan teguh ketika berada di jalan Allah.

5. Memperhatikan dan menghayati isi-isi yang terkandung dalam al-Quran.

6. Merenungi akibat buruk sekiranya melakukan dosa.

7. Membiasakan diri mengerjakan amalan kebaikan dan mengamalkan perintah Allah.

8. Memilih teman yang baik supaya dapat membantu berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

9. Berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh mengundang fitnah kesesatan dan kebatilan.

10. Membaca sejarah hidup para Nabi, sahabat-sahabat Nabi dan generasi selepasnya yang berdakwah menyebarkan agama Allah.

sumber: akhbar iluvislam/24-30 jun 2011/muka surat 15/"sukarnya untuk menjadi baik"/ditulis oleh Zidni Nuran/.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts