Monday, June 4, 2012

CEMBURU DALAM BERUKHWAH??!



Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah??
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya...

Hakikatnya,beginilah ukhuwah kerana Allah.Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA,bukan kerana aspek2 lain.Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita.Bukan secara pilihan mahupun kebetulan,tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim.Ukhuwah itu juga datang selepas iman.Kerana untuk menjalinkan hati2 nurani kita semua,hati2 itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman.Kerana itulah:

...انما المؤمن الاخوة.....

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan.Orang yang menjadikan Islam itu sebagai komsas kehidupannya. Oleh kerana itu juga,orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia.Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang.Buat apa perlu kita cemburu,sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api2 syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah,kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik2 mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana,tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa,malah akan mengundang pelbagai rasa2 kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat2 yang lain. Tidak bukan???

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah.Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu,selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan2 yang seharusnya kita berukhuwah.Berkawanlah dengan sesiapa sahaja(ikut jantina la ya),seramainya,sebaiknya.Selagi kita masih mampu,berbuat baiklah pada semua orang.Usah kita timbulkan persoalan2 ranting yang tidak membawa kita ke mana2.Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah,jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh.Tidak sama sekali.Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya.Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir2kan la ya...


Sahabat,
Usah risau ya.Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah.Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.Meski kita berjauhan,Allah itu ada.DIA berikan kita senjata mukmin.Doa.Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh.Jangan takut dalam berukhuwah.Hargailah persahabatan yang terbina.Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat.Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasulnya.Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa.Ambillah pengajaran kisah2 terdahulu.Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita.Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat2 mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina.OK??? dah,jom berukhuwah!!!

..cemburulah..dalam amalan kebajikan...

"Ya Allah,peliharalah ukhuwah antara kami.Jauhkanlah hasad2 yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya"

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)
Blog: http://sejadahungu.blogspot.com

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "sekiranya kita mengingati Allah dikalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah. Wallahu'alam.

6 comments:

  1. rindu dekat pia ^^
    walau jarang berhubung di alam realti, insyaAllah sentiasa dalam kalungan doa..
    amin~

    moga Allah merahmatimu selalu ^^

    ReplyDelete
  2. maknanya jika kita rasa cemburu dalam persahabatan kita harus check semula iman kita??
    bagaimana pula jika kita tidak sedar bahawa iman kita yang bermasalah..mesti kita sentiasa akan menganggap kita sahaja yg betul...

    ReplyDelete
  3. @hamba Ilahi
    ina!! rindu jugak T__T insya Allah..<3 Moga ina jua dirahmati serta dilindungi Allah

    ReplyDelete
  4. @mujahidah_ghuraba'
    maksud ana, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita kena check hubungan kita dengan Allah. Mungkin hubungan kita dengan Allah ada masalah. Iman kena upadate slalu mcm anti-virus. selalu check iman kita. selalu topup iman kita. selalu muhasabah diri. insya Allah :)

    ReplyDelete
  5. Dalam perhubungan berukhwah...tiada istilah rampas, yang ada hanya menumpang kasih sesama hamba Allah, disamping menceduk ilmu dan mengeratkan silaturrahim. Ukhwah sebenar adalah menambahkan jalinan yang bermanfaat dan bukan mengurangkan bilangan sahabat, Quanliti itu yang utama, bukan Quantiti...

    Istilah sebenar dalam perhubungan ialah, kita tidak memiliki, tapi sebenarnya kita dimiliki....

    ReplyDelete
  6. @Putri Cahya Qaseh Btul 2 kak qaseh. saya sokong 100%!! hehe

    ReplyDelete

Popular Posts