Monday, May 23, 2011

Semangat & Pengajaran dari kisah Nabi Nuh a.s



Assalamualaikum… J

Alhamdulillah kali ana nak brkongsi sedikit ilmu tentang kisah Nabi Nuh a.s berdakwah dalam menyampaikan agama islam. Semalam ana menghadiri kelas agama yang disampaikan oleh Doktor Danial Zainal Abidin yang selalu diadakan pada setiap hari ahad, jam 3 petang di kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang. Kelas ini terbuka pada sesiapa sahaja yang berminat & tak rugi jika menghadirinya kerana pengisian yang diberi oleh beliau sangat MANTAP!

Okeh, kembali pada topic kita.. Surah Nuh tergolong dalam surah Makiyyah yang diturunkan sebelum penghijrahan dan surah-surah makiyyah lebih menekankn aspek akidah serta keimanan manakala surah-surah madaniyyah diturunkan selepas penghijrahan ke madinah dan surah-surah ini menekankan aspek hukum Allah.

Dalam surah Nuh menceritaakn tentang Rasul utusan Allah iaitu Nabi Nuh a.s dalam menyampaikan mesej yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasul-rasul yang lain iaitu mengajak manusia untuk menyembah Tuhan yang 1 iaitu Allah SWT serta memberikan peringatan tentang azab2 Allah bagi yang ingkar. Allah memberikan peluang pada kaum Nuh untuk berubah dalam masa 950 tahun tapi kebanyakan dari mereka tetap ingkar. Akhirnya Allah turunkan bala, iaitu banjir yang sangat hebat.
Firman Allah SWT, “sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya (dengan perintah) “Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih (iaitu) sembahlah Allah, bertaqwalah kepadaNYA dan taatlah kepada ku, niscaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umurmu) sampai pada batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui.” (Surah Nuh: 1-4)

Nabi Nuh a.s telah berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun tapi hasilnya tidak bertambah. Usaha Nabi Nuh tidak pernah putus sebaliknya baginda terus mencuba. Nabi Nuh berdakwah tanpa henti, siang dan malam, daripada dakwah secara senyap-senyap berubah kepada terang-terangan dan kemudian berubah lagi kepada terang-terangan dan senyap-senyap tapi hasilnya tetap sama. Apabila Nabi Nuh menyeru kaumnya untuk menyembah Allah, mereka menutup telinga mereka, membantah serta menyombongkan diri.

Firman Allah SWT, “ Dia (Nuh)berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang & malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, jesteru mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (utk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkn bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri. Lalu sesungguhnya aku menyeru secara terang-terangan. Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam-diam.” (Surah Nuh: 5-9)

Surah Nuh banyak memberi pengajaran serta semangat untuk para pendakwah. Jika dakwah antum tidak diterima atau tidak berjaya, ingatlah kisah Nabi Nuh kerana Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tapi hasilnya kurang dan tak bertambah namun baginda tidak pernah berputus asa. Jika dibandingkan dengan kita, dakwah kita tidak sehebat Nabi Nuh dan apabila dakwah kita tidak berjaya, janganlah sesekali brputus asa. Dalam berdakwah ni, kita akan berjumpa pelbagai ragam manusia dan semestinya antum semua sudah mengalaminya kan? Bila kita berdakwah, ada segelintir yang susah untuk menerima dan ada juga yang mula membantah dengan memberikan hujah-hujah mereka sendiri atau mula mempersoalkn soalan-soalan yang tak munasabah semata-mata untuk menjatuhkan kita.

Nabi Nuh sendiri juga mengalami perkara yang sama dan sudah semestinya lebih hebat dari apa yang kita alami tapi baginda tidak berputus asa, sebaliknya baginda cuba mencari cara baru dalam berdakwah dan bila cara trsebut tidak berjaya, baginda terus mencuba lagi dengan cara lain dan perkara ini lah yang boleh kita contohi. Jika dakwah kita tidak berjaya, kita harus mencuba cara pendekatan yang lain, ada sesetengah orang sesuai dengan cara dakwah ni dan ada sesetengah orang sesuai dengan cara yang lagi satu. Sebagai Seorang pendakwah, kita harus persiapkan diri dengan 5 ciri iaitu, berilmu, ikhlas kerana Allah, sabar, menjadi contoh yang baik dan lemah-lembut dalam berdakwah.

Al-Quran semangnya penawar buat kita semua dan surah Nuh merupakn penawar utk kita dalam berdakwah. Alhamdulillah, ana sendiri rasa bersemangat bila menghayati surah Nuh daripada ayat 1-9, banyak pengajaran yang diperolehi sebab itu ana berkongsi dengan antum semua dengan harapan ia akan memberikan semangat baru pada antum..insya Allah. ^^,v

No comments:

Post a Comment

Popular Posts