Wednesday, June 15, 2011

SMS semanis Coklat & Lolipop~



LOLIPOP berkata kepada COKLAT,
"kita ni sungguh maniskan??? ahahaha"

COKLAT menjawab,
"awak ingat kita ni dah cukup manis ke?
awak tengok orang yang baca sms nie,
lagi manis. Tengok tu, dia senyum~
subhanallah.. manisnye..!!" :-)

senyum selalu ya dik.. Akak xmau adik akak yang comei ni sedih2 lg...
senyum sokmo.. :-D

- kak Rahmatiah


ini lah sms yg ana dapat malam semalam dari kak Rahmatiah.. :')
subhanallah.. syukran akak syg.. terharu ana, syukran sbb sudi ada dgn ana selalu
walaupun akak jauh disisi.. semoga akak sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah SWT selalu..
uhibbuki fillah abadan abada~ :)

Tuesday, June 14, 2011

Kembara Hidup-DeHearty

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Monday, June 13, 2011

INSPIRASI DARI ILAHI: Kemanisan iman disebalik ujian :)

Firman Allah SWT, “maka bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (94: 5-6)

Assalamualaikum, Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk ana memberikan sedikit perkongsian kali ni. Beberapa hari ni, ana telah diuji dengan dugaan yang begitu hebat. Mengapa ana mengatakan ia begitu hebat? Kerana ini lah kali pertama ana menghadapi dugaan yang melibatkan ukhwah persaudaraan. subhanallah, ana rasa seperti mahu melarikan diri jauh dari permasalahan ni kerana ana tidak sanggup untuk menghadapinya. Hampir setiap hari ana memikirkan permasalahan ini dan ana cuba untuk selesaikannya tapi bila ana cuba selesaikan permasalahan ini makin bertambah buruk. Kemudian baru ana teringat akan firman Allah SWT yang bermaksud.”(iaitu) orang-orang yang ditimpakan musibah, mereka berkata, “Inna lillahi wa inna ilahi raji’un.” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYAlah kami kembali).” (2:156) Astaghfirullahal’adzim… kenapa ana lupa perkara penting ini?

Ana cuba untuk tenangkan diri, cuba ceriakkan diri tapi ia terlalu perit bagi ana hinggakan ana merasa kekosongan dalam diri ana. K.O.S.O.N.G.. kosong kerana semakin jauh dariNYA. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan pada hambaMU yang hina ini.. T__T

Penyakit ana pun berulang kali datang akibat terlalu tertekan tapi ana redha mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang telah ana lakukan sebelum ini kerana apa sahaja penyakit atau musibah adalah merupakan kafarah dosa. Daripada Abdullah Mas’ud r.a., katanya Rasulullah SAW pernah bersabda, “Setiap orang Islam yang mndapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Allah menggugurkannya (mngampuni) kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daun-daunnya.” (sahih Bukhari)

Semakin hari, semakin perit ana diuji.. ana cuba jadi kuat sekuat Rasulullah dan para sahabat tapi ana tidak mampu. Akhirnya ana berputus asa.. ana begitu lemah dan letih untuk beralah. CUKUP ! ana tidak mahu masalah ini menguasai diri ana dan menyebabkan ana jauh dari Allah ! TIDAK ! ana tidak akan biarkan syaitan dan iblis menguasai minda ana dan mentertawakan ana ! Lantas ana membersihkan diri ana dan mengadap KEKASIH ana iaitu ALLAH SWT kemudian ana membuka kitab AYAT-AYAT CINTA dariNYA. Subhanallah.. ana terjumpa ayat yang begitu menyentuh hati ana, “Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian DIA menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian DIA menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. DIA kehendaki dan DIA Maha Mengetahui, Maha Kuasa.” (Surah Ar-Rum, ayat 54)
Ya Allah, ternyata KAU selalu ada bersama hamba-hambaMU.. v___v

Setelah itu ana menerima panggilan dari adik ana Shauqah Wardah.. kehadirannya begitu menenangkan hati kerana sifatnya yang ceria BANGAT ! serta nakal telah mencuit hati ana yang luka. Sepanjang panggilan, adik ana meluahkan kegelisahan yang dihadapinya dan menyatakan hasratnya/impian. Ada 3 impian yang ingin adik ana kecapi buat masa sekarang, pertama ingin dapat tawaran dari upu, kedua untuk lulus dalam ujian JPJ dan ketiga adalah dapat berjumpa dengan ana di Shah Alam. Subhanallah.. terharu ana mendengarnya. Syukran ya dik, insya Allah sama-sama lah kita berdoa padaNYA dan akak akan sentiasa doakan adik-adik akak terutamanya adik kandung ana, NAJAA dan SYAFIQ.. ^__^

Walaupun hati ana merasa tenang tapi fikiran ana tidak pernah berhenti memikirkan masalah ini. Ana sekali lagi membuka kitab AYAT-AYAT CINTA dari NYA dan subhanallah sekali lagi DIA ada bersama. “Wahai anakku ! Laksanakan lah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.” (Surah Luqman, ayat 17)

Kemudian tergerak hati ana untuk on nombor ana yang lama ana off. Tiba-tiba ana terima 1 mesej dari kak Rahmatiah,

“Sehebat mana pun dugaan yang kita hadapi,

Sekukuh mana pun cubaan yang harus kita jalani,

Sekuat mana pun mehnah yang mesti kita lalui,

Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,

Sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui,

Jangan pernah ada sendu dihati,

Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI,

Jangan pernah berhenti berdoa pada RABBUL IZZATI..

Kerana harapan adalah masa hadapan,

Kerana harapan adalah sumbr kekuatan,

Kerana DOA adalah pintu kebaikan,

Kerana DOA adalah senjata orang yang beriman..!”

Berderai air mata mengalir di pipi.. Ya Allah..

Syukran kak Rahmatiah atas kata-kata semangat, kebetulan akak muncul tepat pada masanya. Ana sebenarnya pelik, ingatkan akak tahu yang ana sedang bersedih tapi tidak..

Ana mula bermonolog sendirian,

“subhanallah DIA Perancang Yang Hebat..

Tatkala aku kesedihan, DIA kurniakan kegembiraan..

Tatkala aku kehilangan, DIA pertemukan aku dengan seorang insan baru..

Ya ALLAH.. kenapa? Kenapa?

Kenapa ENGKAU semakin mendekatiku apabila aku semakin menjauhimu..?

M.A.L.U..

Aku malu pada MU Ya Allah..

SANGAT-SANGAT MALU !

Tatkala ini aku merasakan kehadiran CINTA yang ENGKAU berikan padaku..

Hinanya diri ini untuk menerima kasih sayang dari MU tatkala diri ini dilumuri dengan DOSA…

Ya Allah.. aku bertaubat padaMU..

Ternyata ENGKAU bukan saja-saja memberikan dugaan ini tapi mempunyai tujuan disebaliknya..

ENGKAU MENGETAHUI apa yang tidak ku ketahui..

Tiba-tiba aku merasakan sedikit kemanisan iman disebalik ujian..

Subhanallah.. syukur, Alhamdulillah..”

Setelah itu tergerak hati ana untuk berkongsi pengalaman ana di blog, bukannya untuk menceitakan masalah ana cuma untuk mnceritakan kebuktian hebatnya kekuasa serta kebesaran Allah.. betapa hebatnya perancangan ALLAH, betapa hebatnya bila mencintai ALLAH.. subhanallah.. itulah antara kekuasaan ALLAH..

Benar lah kata sahabat ana, Hurun ‘Ain. “sentiasa berpegang dan beriman dengan ayatNYA. Insya Allah kita akan semakin mengenal Tuhan yang menciptakan diri.”

Hidayah dan petunjuknya selalu ada tapi bergantung pada diri sendiri samada mahu berubah atau pun tidak.. berdoalah pada Allah agar hati sentiasa lembut supaya hati mudah tersentuh dan mudah menyedari akan petunjuk dariNYA.. insya Allah..

"Carilah hatimu sewaktu membaca AL-Quran.

Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika

mengerjakan solat. Jika kau tidak temui,

carilah hatimu ketika duduk bertakafur mengingati

mati. Jika kau tidak temui juga berdoalah kepada

Allah, MINTA HATI YANG BARU.." (Imam al-Ghazali)

Sentiasalah mendekatiNYA terutama bila diuji dan jangan pernah berputus asa dari Rahmat Allah.. J

Saturday, June 11, 2011

PENGORBANAN SEORANG LELAKI BERIMAN


Mencintaimu

Wahai hawa

Karena aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu

Karena aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu

Karena aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu

Karena cintaku padamu,

Tak akan kubiarkan cermin hatimu menjadi buram

Tak akan kubiarkan telaga jiwamu menjadi keruh

Tak akan kubiarkan perisai qolbumu menjadi retak, bahkan pecah

Karena cinta ini,

Ku tak ingin mengusik ketentraman batinmu,

Ku tak ingin mempesonamu,

Maka biarlah…

Aku bersikap tegas padamu,

Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,

Biarkan aku bersikap dingin,

Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,

Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….

Semua itu karena aku mencintaimu,

Demi keselamatanmu,

Demi kemuliaanmu..


sumber: http://www.facebook.com/pages/MENCARI-REDHA-ALLAH/194678240571695

Friday, June 3, 2011

Misi Jihad Cinta


“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih ngantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”

“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”

“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.


****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”

“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”

“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.


MISI JIHAD CINTA
Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad


Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”


****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar
menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”

“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”

“Abang..”

“Ya?”

“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”

“Safiyyah sayang…”

“Ya bang..”

“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai
kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”


****


Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”


****


Boomm..

Boommmm..

Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.


Original writing by Masturah Abu Bakar.
21.Nov.08


sumber: http://www.islamcintaku.blogspot.com/

Popular Posts