Friday, February 24, 2012

Bunga-Bunga Cinta~


Assalamualaikum, alhamdulillah setelah sekian lama, pada hari ini 24 Feb 2012 ana mula update blog ana seperti biasa.. rindu ana tak? hehe.. perasan >,<

Wahh.. tajuk post kali "bunga-bunga cinta~" hehe.. siapa yang brcinta? bunga jatuh cinta ke? hehe..
alhamdulillah semalam ana pergi kuliah maghrib, ceramah kali ini brkaitan dengan kekasih kita iaitu Rasulullah SAW. Ustaz 2 banyak menyentuh tentang contoh hubungan suami isteri yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Ana tertarik dengan ayat ustaz 2, "nikah lah, semuanya halalan toyyiban" Sememangnya cinta selepas nikah lebih manis dan yang penting semuanya halal dan diredhai Allah SWT.

Setelah selesai majlis ilmu, ana dan mak ana mula melangkah kaki untuk pulang tetiba ada sorang mak cik menjerit, "sapa punya keta nih?" lepas 2 ana teringat yang ana ada keychain berbentuk kereta pemberian sahabat ana. Ana check dan memang betul lah! cepat2 ana pergi kat mak cik tadi.. fuhh.. alhamdulillah lh.. ana sayang sgt keychain ni.. tetiba ana teringat sahabat ana yang bagi keychain 2 dan tetiba jugak sahabat ana call! terkejut + excited.. huhu..
Rupa-rupanya sahabat ana call sebab nk suruh teman dia berbual kerana zauj nya sedang menjamah makanan. Zauj sahabat ana dijemput untuk memberikan ceramah di tempat mereka, untungnya sahabat ana nih dapat suami macam 2 dan dia sememangnya layak seperti yang Allah telah janjikn, "perempuan baik untuk lelaki yang baik" sungguh janjiNYA PASTI!

Tak lama lepas 2, zauj sahabat ana ni pn dah selesai makan. Dan sahabat ana minta diri, masa 2 trdengar la suara zauj sahabat duk mengusik sahabat ana nih.. ceria je sahabat ana nih, suara bahagia~ hehe.. berbunga-bunga~ masa 2 la ana dapat rasa indahnya cinta selepas nikah. Alhamdulillah sahabat ana bahagia disamping zauj tercinta. Ana pun turut bahagia bila melihat sahabat ana bahagia..
Rindu rasanya pada sahabat ana ni, dia baru sahaja nikah tapi ana tak dapat hadir pada hari pernikahannya disebabkan hal-hal yang xdpt dielakkn. Tapi insya Allah masa kenduri ana datang ^__^



Itu sahaja post kali ni, saja je nak berkongsi tentang indahnya cinta selepas nikah.. rasa berbunga-bunga.. hehe..
Sekian sahaja dari ana, wasalam :)

p/s: buat mujahidah kecil ana, "akak dah update blog!" hehe ;P

Wednesday, February 22, 2012

Siapakah golongan orang-orang fasik?


1. Seorang pemimpin tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah SWT walaupun dia berkemapuan dan berkuasa untuk melaksanakannya. (jika dia masih percaya hukum-hukum Allah SWT adalah yang paling baik tetapi tidak mahu melaksanakannya dia jadi fasik tetapi jika dia yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai dilaksanakan dan mempertikaikannya maka dia jatuh murtad)

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

2. Suka melakukan dosa-dosa besar dan maksiat seperti derhaka kepada kedua ibu bapa, berzina, minum arak. berjudi, melakukan sihir dan membunuh manusia tanpa hak, derhaka (nusyuz) isteri kepada suami dan tidak menutup aurat.

3. Tidak melakukan kewajipan kepada Allah SWT seperti meninggalkan solat, meninggalkan puasa Ramadan, tidak mahu membayar zakat dan tidak mahu mengerjakan haji (walaupun berkemampuan)

4. Suka mengambil harta secara haram seperti mencuri, mengambil rasuah, makan riba dan makan harta anak yatim dan merampas hak orang lain secara penipuan.

5. Suka mengumpat, membuat fitnah, menuduh wanita atau lelaki yang baik berzina dengan tidak membawa 4 saksi, mengadu domba, suka bersumpah palsu dan menjadi saksi palsu dimahkamah.

Firman Allah SWT maksudnya: ”Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatang 4 orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali orang yang bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah an-Nuur ayat 4-5).

6. Berkekalan dengan melakukan dosa-dosa kecil . Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah SWT berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,

Apabila seseorang mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat orang fasik maka apakah pandangan Islam terhadap mereka ?

Dalam Islam orang fasik tidak dibenarkan melaksanakan beberapa tugas seperti dibawah :

1. Tidak layak menjadi khalifah atau pemimpin negara.

(Orang mukmin perlu pastikan pemimpin yang ingin dipilih tidak mempunyai ciri-ciri orang fasik)

2. Tidak layak menjadi mufti, hakim, qadi atau juru nikah.

3. Tidak layak menjadi saksi dalam hukum hudud, saksi nikah dan saksi perjanjian muamalah dalam Islam.

4. Tidak layak menjadi wali nikah (qadi /juru nikah perlu mencari wali lain yang bersesuaian menggantikan wali yang fasik)

5. Tidak layak menjadi imam solat berjemaah

Apakah kedudukan orang fasik di hari akhirat?

Sekiranya seseorang mempunyai ciri-ciri orang fasik dan dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan tidak minta maaf sesama manusia di atas perbuatan zalim dan kejahatannya sesama manusia ketika di dunia maka dia akan dimasukkan kedalam neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Firman Allah SWT maksudnya : ”Dan adapun orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka adalah neraka.” (Surah as-Sajdah ayat 20)

Jika terdapat pada diri kita ciri-ciri orang fasik maka janganlah bertangguh-tangguh lagi teruskanlah bertaubat meminta ampun kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : ”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman: ‘Wahai anak Adam! Sesungguhnya sebagaimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.’

‘Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.’

‘Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi. Kemudian kamu menemui Aku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyengutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Diambail dari: http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/apakah-ciri-ciri-orang-fasik.html

[Penulis adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]

Popular Posts