Wednesday, June 20, 2012

Lafaz yang Tersimpan (untuk mak dan abah)


Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar

tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang

melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar

tingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan

(Nasyid UNIC)

Thursday, June 14, 2012

NIKMAT PENGORBANAN: Study VS Dakwah



Assalamualaikum, ana mulakan penulisan ana dengan lafaz “الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْمِ”.
Moga Allah redha dengan perkongsian ana serta melindungi ana dari perkara yang dibenci dan dilarang. Amin.
Alhamdulillah sekali lagi ana diilhamkan oleh Allah untuk menulis dan kali ni ana hendak berkongsi sedikit ilmu + pengajaran + pengalaman = insya Allah bermanfaat ^_^.
Okeh tajuk kali ni nikmat pengorban: study vs dakwah. Tamaknya ana nih sampai ada dua tajuk dan dua2 tajuk nak wat dalam satu entri.. hehu.. Sebenarnya ia berkaitan antara satu sama lain~ ngee~ :D

Perkongsian kali ni more pada diary hidup ana.
STUDY VS DAKWAH? = IJAZAH VS RISALAH?
Jika antum tanya pada ana, jawapan ana sudah semestinya ana mementingkan dakwah/risalah. Ana sudah ditanamkan satu prinsip oleh bekas naqibah ana semasa di Terengganu iaitu, “utamakan dakwah!” even sesibuk mana, even assignment bertimbun-timbun dan even ada kerja dalam group, hadirlah ke program dakwah.

Ana tertarik dengan kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau merupakan tokoh yang terbesar dalam Islam dan beliau juga pernah menjadi seorang pelajar.
Ada satu ketika, Hassan Al-Banna terlalu sibuk berdakwah padahal esok beliau bakal menghadapi peperiksaan. Pada malam itu, setelah beliau pulang dari berdakwah kemudian As-Syahid tertidur dan dalam mimpinya ada seseorang datang kepadanya dan bukakan helaian2 buku pelajaran untuknya serta mengajarnya. Pada keesokan harinya, semua bacaan yang dibaca olehnya didalam mimpi, masuk dalam peperiksaan. Subhanallah! Seram sejuk bila ana dengar kisah ni.. Hassan Al-Banna adalah pemuda dan pelajar yang sangat sibuk berdakwah tetapi beliau tetap pelajar yang paling top dan pelajar yang terbaik! Ana sangat teruja ~~, Dan ana jadikan kisah ni sebagai semangat ana. Ana semakin yakin dengan prinsip yang ana pegang!

Alhamdulillah setelah ana dipindahkan ke perak, ana dapat naqibah yang sangat best! Setiap kali usrah, ana mesti akan rindu pada mak ana sebab rupa dan gaya mereka agak sama.. huu.. windu mak… T__T


Baru-baru ni ada program dakwah pada hari ahad dan jika ikutkan ana sangat sibuk sebab selasa akan datang ana ada project presentation dan ana tak sentuh lansung projek tu! Siyes nih.. =..= Hari sebelum tu (sabtu) pula ana sibuk tuk berjumpa dengan adik-adik part 1 yang nak masuk usrah dan melawat sepupu yang sedang sakit di ipoh. Sememangnya ana telah korban 2 hari tu drpd membuat projek tugasan ana. Sebenarnya ana agak risau sebab ni merupakan presentation final tuk subjek trsebut tapi hati tetap mengatakan “aku mesti pergi ke program tu!”

Alhamdulillah program trsebut brjalan dengan lancar dan sangat2 best! Itu lah pengalaman yang tak akan ana lupakan. Setelah selesai program trsebut, ana pulang ke asrama. Fikiran risau memikirkan assignment yang tak siap tapi hati menjaminkan ketenangan pada diri. Jadi ana rehatkan diri ana sebentar kerana terlalu letih kemudian ana solat dan pada sujud terakhir, ana berdoa “Ya Allah, aku telah mengorbankan waktu untuk berdakwah dijalanmu serta menjaga kebajikan dakwah, maka permudahkanlah urusanku, percepatkanlah pekerjaanku, berilah pertolongan kepadaku kerana ENGKAU MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA dan MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA YANG ENGKAU KEHENDAKI. Amin.” Sebenarnya ana amalkan doa yang lebih kurang sama dengan doa naqibah ana. Naqibah ana juga mempunyai pengalaman yang sama yang pernah beliau ceritakn pada anak2 usrahnya.

Pada malam ahad, ana mula buat assignment ana. Semasa ana siapkan 6 design poster, ana sering melihat jam. Entah kenapa rasa masa berjalan begitu lambat sekali. Bila ana mengantok dan mata pun dah pedih, jd ana tidur. Ana rasa ana tidur lama tetapi sebenarnya ana baru je tidur dalam beberapa minit sahaja. Subhanallah ana makin yakin denganNYA. Kemudian ana sambung kerja ana hingga keesokan harinya. Ana semakin risau sebab website, report, dan sketches ana tak sentuh lagi. Alhamdulillah ALLAH hantarkan seorg sahabat utk membantu ana dalam membuat website dan Alhamdulillah kejap je dalam beberapa minit website ana dah siap padahal utk buat website akan ambil masa berjam2, berhari2 dan berminggu2.

Alahamdulillah! 6 keping poster dah siap print saiz A3 dan website pun dah siap. Cuma tinggal report dan sketches yang perlu dibuat setebal yang mungkin. V__V
Dan situasi yang sama berlaku pada ana, masa terasa begitu lambat berjalan dan tidur hanya sekejap tapi dah rasa macam tidur berjam2.

Pada hari yang dinanti2kan.. hari presentation. Alhamdulillah ana dapat present dengan baik dan lancar. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH. Tapi ujian ana masih belum selesai sebab ana masih belum sediakan text untuk ujian lisan mandarin dan beberapa assignment yang perlu dihantar dan ditunjuk pada hari rabu. Dan subhanallah sekali lagi Allah ada bersama. Assignment yang perlu ditunjuk sempat disiapkan semasa dalam kelas manakala assignment yang perlu dihantar tiba2 ditunda ke minggu depan. Kemudian untuk ujian lisan mandarin, Alhamdulillah ana sempat siapkan text dalam bahasa mandarin tapi ana masih belum dapat hafal kesemuanya kecuali ayat pertama. Ana risau jugak takut dapat markah rendah sebab lectr dah beritahu supaya hafal dan jgn tgk kertas tapi tiba2 pada hari ujian, lecturer ckp ni bukan ujian memori jadi boleh baca. Even nak jawab soalan pun bleh rujuk kertas. Huh? Terkedu sebentar tp sebenarnya Allah nak tolong hambaNYA. Alhamdulillah ujian selesai dengan tenang.

Syukur..alhamdulillah ana dapat merasakan kemanisan dalam berkorban demi dakwah. Seronok sangat dan ana tak rugi apa-apa pun! Tapi orang yang tidak berkorban utk dakwah adalah orang yang sangat rugi. Jika kita yakin denganNYA dan bekerja untukNYA, maka DIA akan berikan pertolongan. Jadi sahabat, jika sibuk dengan study, sibuk dengan assignmt dan sibuk dengan kerja group, tiba2 ada panggilan utk dakwah, maka korbankan lah semua itu utk luangkan masa dalam berdakwah. Ingat, Hassan Al-Banna juga seorang pelajar yang hebat dan seorg pendakwah yg hebat. Beliau lagi sibuk daripada kita tapi adakah kita mampu memberikan sumbangan pd islam sepertinya?

Kejayaan dalam pelajaran hanya bermanfaat didunia sahaja tetapi kejayaan dalam dakwah bermanfaat didunia dan diakhirat kekal selamanya..
DAKWAH IS NO. 1 FOR ME!

**Ana sekadar berkongsi kisah hidup ana yang mungkin boleh dimanfaatkan. Bukan utk tujuan membangga diri atau menyatakan diri ana ini bagus cuma ingin menunjukkn kebuktian kekuasaan Allah bila kita berkorban untukNYA. Ana mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau silap dan salah ana pada antum. Moga Allah redha'.

wallahu’alam.

Monday, June 4, 2012

CEMBURU DALAM BERUKHWAH??!



Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah??
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya...

Hakikatnya,beginilah ukhuwah kerana Allah.Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA,bukan kerana aspek2 lain.Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita.Bukan secara pilihan mahupun kebetulan,tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim.Ukhuwah itu juga datang selepas iman.Kerana untuk menjalinkan hati2 nurani kita semua,hati2 itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman.Kerana itulah:

...انما المؤمن الاخوة.....

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan.Orang yang menjadikan Islam itu sebagai komsas kehidupannya. Oleh kerana itu juga,orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia.Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang.Buat apa perlu kita cemburu,sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api2 syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah,kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik2 mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana,tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa,malah akan mengundang pelbagai rasa2 kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat2 yang lain. Tidak bukan???

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah.Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu,selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan2 yang seharusnya kita berukhuwah.Berkawanlah dengan sesiapa sahaja(ikut jantina la ya),seramainya,sebaiknya.Selagi kita masih mampu,berbuat baiklah pada semua orang.Usah kita timbulkan persoalan2 ranting yang tidak membawa kita ke mana2.Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah,jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh.Tidak sama sekali.Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya.Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir2kan la ya...


Sahabat,
Usah risau ya.Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah.Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.Meski kita berjauhan,Allah itu ada.DIA berikan kita senjata mukmin.Doa.Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh.Jangan takut dalam berukhuwah.Hargailah persahabatan yang terbina.Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat.Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasulnya.Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa.Ambillah pengajaran kisah2 terdahulu.Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita.Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat2 mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina.OK??? dah,jom berukhuwah!!!

..cemburulah..dalam amalan kebajikan...

"Ya Allah,peliharalah ukhuwah antara kami.Jauhkanlah hasad2 yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya"

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)
Blog: http://sejadahungu.blogspot.com

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "sekiranya kita mengingati Allah dikalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah. Wallahu'alam.

Popular Posts