Monday, March 18, 2013

Akhi Iman, kehilangan mu memberikan semangat pada kami


Assalamualaikum wtb. Buat pertama kalinya ana menceritakan tentang seorang ikhwah di dalam blog ana.
Kehilangannya sangat memberi kesan pada beribu manusia yang mengenalinya mahupun tidak. Ana tergolong dalam golongan yang tidak mengenalinya tapi wajahnya agak femiliar pada ana. Pada tarikh 17 Mac 2013, seorang mujahid kembali pada KEKASIHnya. Berita kematian beliau menjadi hebahan buat para ikhwah dan akhwat. Kematiannya membangkitkan semangat-semangat para da'ie. 
Semalam ana menghadiri daurah di ipoh, seorang ikhwah menceritakan tentang arwah. Akhi itu mengatakan sewaktu di tanah kubur, ramai orang yang datang menziarahi arwah sehinggakan jalan tersebut tersangatlah sesak hinggakan seorang pak cik di kawasan tersebut bertanya, "siapa yang meninggal?? Tan Sri? Y.B?"

"Iman, dikau mungkin tidak dikenali di dunia, tetapi kau selebriti di langit sana..!" Kata sahabat arwah, Inche Gabbana.

Ana sangat jeles dengan arwah dan tertanya, adakah sewaktu ana meniggal dunia nanti turut memberi kesan pada seluruh ikhwah dan akhwat sekeliling ana? Siyes sedih bila memkirkan hal ini tapi kesannya memberikan semangat baru pada ana. Ana nak jadi seperti arwah! mungkin x sehebatnya tapi cuba untuk menjadi sepertinya. T__T

"Benarlah, mahalnya harga sebuah kesedaran , kerana hanya dengan kematianmu sahaja, ramainya hati mula tersentuh dan tersedar pada hari ini." kata Ukhti Aisyah dari Muharikah.

AL-FATIHAH..

Popular Posts