Thursday, November 3, 2011

Jadilah Seorang Lelaki Yang..



Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

sumber: AkuIslam

Wednesday, November 2, 2011

Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)
munsyid: DeHearty


Monday, October 31, 2011

ana telah diTAG~!!!


Assalamualaikum.. ana telah ditag oleh budak tecik tomey iaitu mujahidah kecil ana (hyn) diblognya..KLIK SINI
ana pun x faham sebenarnya tapi layan je la bak kata budak tecik tomey 2..

soalan BUDAK TECIK TOMEY.

1. Adakah anda sayang ALLAH ? jika YA , adakah perkara yang diperintahkan anda lakukan ?

JAWAPAN: ana hanya salah satu ciptaanNYA.. layakkah ana untuk tidak menyayangiNYA..? bila2 masa shj ALLAH bleh menggantikn diri ana dgn org yg lebih baik.. sudah tentu ana menyayangiNYA kerana memberikan segala nikmat yang tidak terhitung. Manusia diciptakan sbg hamba dan khalifah, jadi ana melaksanakn perintahNYA sbg seorg hamba dan khalifah.. hanya DIA sahaja tahu apa amalan ana :)

2. Adakah anda sayang RASULULLAH ? jika YA , adakah anda mengigati baginda dan merindui baginda ?

JAWAPAN: Rasulullah SAW sangat2 mencintai dan sgt2 merindui ummatnya.. malunya jika kita sbg ummat tidak mengingati dan merindui baginda.. Ya, ana sangat merindui Baginda.. :')


3. Siapakah idola anda ? kenapa ?

JAWAPAN: idola sudah tentu Rasullah SAW kerana baginda ialah contah dan teladan bagi seluruh ummat

4. anda suka membaca buku motivasi tak ? kalau suka , buku apa yang anda baca ?

JAWAPAN: Ya. Al-Quran. selain itu karya dr Hilal Asyraf serta lain2 yg ana x ingt pengarangnya.. hehe

5. kalau saat anda rasa jauh dengan ALLAH , apa yang akan anda lakukan ?

JAWAPAN: muhasabah diri dan kembali pd al-Quran.. iA

6. Adakah solat 5 waktu kita sempurna ? boleh jawab dalam hati . muhasabah je ~ :)

JAWAPAN: insya Allah..hanya Allah shj yg layak menghitungnya..

7. Adakah kita dah bersedia untuk menghadapi KEMATIAN ?

JAWAPAN: insya Allah.. husnul khotimah.."mati syahid cita2 ku"

8. Berapa banyakkah dalam 24 jam anda mengigati ALLAH dengan ingatan yang sedalam2nye ?

JAWAPAN: wallahu 'alam.. paling kurang sekali..

9. Berapa banyakkah anda mengigati mati dalam setiap detik waktu anda ?

JAWAPAN: wallahu 'alam..

10.Pernah tak anda bayangkan suasana ALAM BARZAH ?

JAWAPAN: ya

11. Pernah tak anda bayangkan AZAB ALLAH ?

JAWAPAN: ya

SOALAN BONUS : apakah pendapat ana tentang SOALAN hyn ?

JAWAPAN: soalan yg mengancam.. dan byk memuhasabah diri & hati.. syukran adikku syg :)

Ehhh??! Ada lagi.. =,="

1. Apa hobi korang ?
**melukis & design

> 2.siapa yang korang sayang ? Sebab ?

**ALLAH, Rasulullah saw, mak, abah, adik2, masyitah, fara, syahin, adik2 angkat, adik2 di fb n ramaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii LAGI! hehe

> 3.siapa bestfriend korang ? Kenapa sayang dia ?

**masyitah, farah kerana mereka selalu ada untuk ana. rindu korang!.. klu adik angkat yg trbaik sdah tentu budak tecik tomey sbb dia adik angkt ana yg prtama n byk mendidik dri ana dr segi kehdupannya :)

>4. apa yang belum tercapai lagi dalam hidup korang ?

**menjadi seorg murabbiah..

>5.apa yang korang hajatkan dalam hidup ? Angan2 korang ?

**hurm.. banyak tapi malu nk bgtaw.. hihi :P

>6. Subjek apa yang korang PALING suka masa zaman sekolah ?

**sains sbb sronok wat experiment.. hoho..

> 7.Barangan apa dalam dunia ni yang paling korang idam2 kan ?

**iphone5.. haha.. berangan je la.. :P

>8. korang suka membaca ? Buku apa ?

**terus terang, ana ske komik :P

>9. apa yang korang buat bila bosan ?

**entah.. ikut keadaan.. huhu

>10. apa yang korang buat bila terasa jauh dengan ALLAH ?
**muhasabah diri

>11. apa benda yang korang paling sayang and pantang kalau orang rosakkan ? Sebabnyer kenapa ?

**hadiah dari org2 kesayangan ana.. huhu

SELESAI.. haa.. bdak tecik tomey kena semak suma jawapan ni.. :P


Tuesday, October 25, 2011

To Masyitah & Farah




Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta


Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Tajuk nasyid: Kawan oleh Suara Firdaus
DOWNLOAD

Popular Posts