Sunday, February 27, 2011

ADAMku~


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa


Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari


Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri


Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia


Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana.. Dia pilihan ku..

~perkongsian bersama:LAILY HAFIDZUN(facebook)~


Tuesday, February 22, 2011

Opick - Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Sunday, February 20, 2011

NIKAH. Sudah Bersedia??



Assalamualaikum.. alhamdulillah kali ana mahu berkongsi sdikit tentang soal hati..
Apabila sahabat-sahabat ana bercakap tentang jodoh..perasaan yg timbul adalah mungkin sedikit gembira dan teruja kerana masing2 memikirkan siapakah bakal suami ku.. hehe.. ;P

Tapi bila seseorang datang menyatakan hajatnya walaupun sekadar berkias2, tp hati ini terasa kosong, xda perasaan seronok atau teruja.. entah la, rasa mcm hati sudah mati.. Ana pun pelik kenapa hati ana rasa begitu.. alhamdulillah ana trbaca 1 artikel di blog adik ana yg menceritakan tentang hati yang buta..

"cintakan ALLAH bagaimana pula ? adakah akan membutakan hati ? jawapannya YA !! haha .. x delah gurau je ! tentulah jawapannya TIDAK ! kenapa ana berani menyatakan perkara itu ? sebabnya .. boleh x ana nak tau siapa agaknya yang menciptakan HATI kita ni ? siapa pemilik sebenar hati kita ni ? adakah DIA akan membutakan hati kita apabila kita mencintai DIA ? jika benarlah DIA akan membutakan . ana rasa DIA x membutakan hati tapi DIA menghijabkan diri kita ini daripada perkara2 yang lagha dan yang akan membawa kepada dosa besar .. DIA akan memelihara hati ini agar terus bersih supaya cahaya iman daripadaNYA dapat tembus ke dalam hati2 yang mencintaiNYA .. "
alhamdulillah.. itu lah sdikit perkongsian dr adik ana yg ceria bangat! hehehe.. syg adik slalu :)

ok kembali pd tajuk kita.. hurm.. jadi hati ana telah dihijabkan oleh Allah dgn perkara yg mungkin melalaikan dri ana? mungkin x nk ana mendekati zina hati.. ana sendri x mahu terjebak dgn zina hati.. wallahu 'alam.. DIA lebih mengetahui apa yg trbaik utk hambaNYA. Allah SWT telah berfirman: "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Ana agak keliru dan risau tentang ni, jadi ana minta pendapat dari kakak2 ana.. ni antara jawapan mereka ;

"yakin kita tu...bukan pada mimpi'....tapi pada Tuhan...~! itu tetap pegangan... usaha kita mungkin bisa istikharah...tapi bukan percaya kita pada istikharah....yg kita percaya dan yakin tetap pada tuhan...." , doktor.

"adek buat solat istiharah...mntk petunjuk dgn Allah, i'Allah, Allah akn bantu...klu dia memg dh ckup syarat yg ditetapkan agama, x salah membuka ht utk itu...dlm Islam tlh memberi panduan memilih pasangn, harta, keturunan, rupa paras dan agama, maka pilihlah agamanya nescaya kamu akn selamat...", ustazah.

Alhamdulillah sdikit nasihat drpd kakak2 kesayangn yg sdkit sebyk menyelesaikan masalah ana.. hurm.. jd istikhrah lah jawabnya.. ^___^
Moga Allah permudahkan sgala urusan ana..

"Jika seseorg hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberi sesuatu yang diingininya itu meengikut jalan yang halal." (hadith)



Siapakah si dia? hehe.. biarlah rahsia.. Hanya Allah SWT shj yg tahu..

"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNYA; tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)."
(Surah Al-An'am, ayat 59)

Saturday, February 19, 2011

B.A.D.U.T

Assalamualaikum.. lama rasanya ana x buat perkongsian dari ana sndri. Alhamdulillah hari ini ana diberikan ilham drNYA utk brkongsi sdikit pengalaman dan mungkin sedikit luahan perasaan.. insya Allah, moga Allah redha :)

Kali ni, ana nk brkongsi sdikit perkongsian yang telah ana kaitkan dgn BADUT.



Badut..apakah tugas seorg badut? Sudah tentu mengembirakan org ramai. :)
Bagaimana pula dgn personalitinya? Melalui gambr diatas, kita boleh lihat wajahnya yg sentiasa trsenyum, ceria, pakaiannya juga menceriakan.. Tujuannya hanya lah untuk menggembirakan org2 disekelilingnya..

Tapi.. pernahkan sahabat2 trfikir? disebalik senyuman seorang badut itu sebenarnya trdapat 1 kesedihan yang x dpt untuk dikongsikan pd org ramai.. Walaupun kesedihan itu membelungi dirinya tp disebabkan tugasnya adalah seorg badut, jadi senyuman itu tetap menyerlah walaupn dalam hatinya hanya Allah shj yg thu.. Mungkin baginya, saat2 menggembirakan org lain akan turut menggembirakan hatinya.. tapi kesedihan itu hanya terubat buat sementara umpama menelan ubat penahan sakit..

Dan bila tiada lagi orang utk digembirakan, maka kesedihan itu kembali semula..
Dia xthu bagaimana utk diceritakan pd org ramai kerana risau org ramai juga turut bersedih..sedangkan tugasnya utk menggembirakan org ramai.. jadi hanya air mata yg dpt diluahkan ketika bersendirian.. :'(

Tapi Allah kan ada~ Menangislah dan mengadulah kpdNYA.. DIA lebih mengetahui dan memahami mu.. :)

~umpama seorg badut~

Friday, February 18, 2011

Warkah Dari Sahabat Yg KuCINTAI~ :)



Sahabat solehah,

Indahnya terpandang muslimah bak bidadari yang terpelihara diri dipagari iman,

Akhlak mulia pemanis perilaku.

Tutur kata tiada yang sia-sia,

jauh sekali dari mengumpat, mencemuh atau memfitnah.

Sahabat kurniaan Ilahi,

Hadirnya bukan untuk disakiti apatah lagi dilempar kata keji.

Sahabat tidak memerlukan janji setia,

Cuma berpegang pada Al-Quran dan hadith cukup menjadi pengerat hubungan.

Bersahabat bukan untuk bersuka tika gembira ditinggal tika duka,

Umpat tika tiada, memfitnah tika hasad bermaharajalela.

Bersahabat Lillahi Ta’ala.

Uhibbuki fillah fiddunya ila akhirah.

Jazakallahu khairan kathir. :)



Bingkisan buat sahabatku,

Terkenang daku akan sebuah memori lalu

Kisah persahabatan bersama tika kita dalam 1 jemaah & 1 pengajian

Sama-sama menuntut ilmu & pengalaman,

Tawa riangmu ketika itu sungguh menghiburkan hatiku

Dan betapa indahnya susana ketika itu

lantas tanpa kita sedari terjalin ukhwah fillah yang sejati

tika aku terleka kau bisikan bicara keinsafan

tika aku lemah dilanda mehnah dari Allah, kau hadir memberi kekuatan

tika aku hilang segala keyakinan kau nyalakan obor pengharapan

Dan tatkala aku meragukan keampunan Allah, kau katakan rahmatNYA mengatasi segalanya

Syukur sungguh dihati ini kerana dihadirkan teman yang sejati yang tidak pernah jemu menunjukkan jalan dekatiNYA tika diri dalam kebuntuan.

Ya Allah tabahkan lah hati sahabatku

Kuatkan semangatnya untuk hadapi hidup,

Limpahkan magrifahMU dan kasih sayangMU agar hidup sahabatku ini sejahtera dunia akhirat.

AMIN YA RABB...

Tuesday, February 8, 2011

Mutiara Ukhwahfillah~



Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan,
walaupun ku terkadang alpa akan teman yang merapati,
namun kini segalanya sunyi...

Tika kita tidak lagi bersua...
membisikan kata-kata gurau senda,
hanya imbauan menjadi nostalgia.

Pernah dulu kita berhalaqah, bermusyawarah bincang isu semasa,
berdebat menahan hujan jua agenda.
Kita menyedari dan menyelami pahit manis, susah payah perjalanan ini,
kita timba segalanya bersama dengan 1 fikrah 1 amali.

Kita kutip mutiara kata dari kitab mulia jua hadis Nabi,
jadi pengukuh ikatan,
penghalang segala kesesatan.

Kini semuanya berlalu....
tinggal masa dan saatnya lagi,
andai kita terpisah kerana ukhwah fillah,
pasti disana kita bertemu dengan kasihnya..
seorang SAHABAT!

(syukran ukhti~! moga kita dpt berukhwah lagi..^^,)

Bebelan yang berhikmah :)~



doa sama2....jadi umat yg cemerlang....membina....penyumbang idea..jadikan Islam satu fenomena...

hakikat hidup....tak pernah lelah melangkah dik...mungkin karena merasakan satu lagi 'hakikat'...hakikat tuhan sentiasa ada dalam setiap langkah :) apa lagi diragu ???? ~teruskan langkah dengan yakin...Dia ada....sentiasa ada.....tak pernah tiada...

apalah erti hakikat andai hati masih ragu2 untuk redha dgn apa yg terjadi..

dambakan sebutir hakikat....hakikat...kegagalan itu sbnarnya langkah pertama kejayaan......~hakikat lemah melangkah menjadi langkah2 mujahid fillah..

Hati masih bertenang...
meniti setiap detik yang akan berlalu...
sedih masih ada....karena...
fikiran terpaku....diri masih berlari2...
adakah masa ini bermanfaat untuk diri?
adakah saat ini bermanfaat untuk ummat...?
...jika tak bermanfaat untuk yg lain....
setidaknya...memberi manfaat untuk diri sendiri...
diri...oh diri....

waktu masih tersisa..
tak lama pn sbnrY...
wlau byk yg kurang.....
...well~be good anyway
biarlah yg tahu hanya Dia

cintakan bunga...bunga kan layu~~~tapi bunga itu ttp akan dicinta..hehe..

realiti umat islam hari ini....siapa Tuhan pada kita?apa ertinya kita menganut Islam?.......agama bukan pilihan....tapi ambillah ia......2:207-208~

ujian mematangkan =)...smga ditunjukkan jalan...insyaallah dipermudahkan...
'ihdinassira thal mustaqiim'
(al fatihah)

Sangat merindui kata2 darinya~ bitaufiq wannajah ya ukhti. miss u always :)

Popular Posts