Tuesday, April 12, 2011

12 April 2011 bersamaan 8 Jamadilawwal 1432H.



Hari ulang tahun kelahiran kakakku iaitu Zarith Sofiah Jema'at.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta ditemukan jodoh dari kalangan orang-orang yang beriman..ingtlah janjiNYA,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).

Kakak..

Ketahuilah, kehadiranmu merupakan penyeri hidupku dikala kesunyian..

Mengajar aku erti kasih sayang..

Kekuatanmu dalam menghadapi ujian dari ALLAH memberi semangat untukku untuk terus berjuang..

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"


Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :

“Di sekitar arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnyaada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi & syuhada tapi para Nabi dan syuhada iri kepada mereka”. Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Rasulullah S.A.W menjawab, “ Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH & saling berkunjung kerana ALLAH” (H.R TARMIZI)

Kakak...

Pengorbanan yang dikau lakukan padaku tidak akan ku lupakan.. Dikau sanggup datang melawatku disini, dari selatan ke timur walaupun ketika itu dikau sakit.. tapi kakak,ketahuilah.. perbuatanmu itu sangat mulia dalam berukhwah..

Hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”

Kakak…

Kita selalu meluahkan rasa sayang antara satu sama lain, “uhibbuki fillah”, “luv lillahi ta’ala”, sayang kamu kerana Allah” dan banyak lagi dan sekarang Allah sedang menguji kita berdua untuk melihat sekuat mana ukhwah yang terjalin dan melihat sejauh mana kebenaran untuk setiap kata-kata serta janji-janji yang pernah dilafazkan… semakin hari semakin hebat ujian yang diberi.. tapi diri ini tidak pernah untuk brputus asa kerana terlalu sayang akan ukhwah ini..

Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Rahim (kasih sayang) itu tergantung di “Arasy. Katanya:”Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Muslim)

Kakak..

Diri ini sangat menyayangimu.. dan seperti yang telah dijanjikan, adik tidak akan pernah lepaskan genggaman tanganmu dalam membimbingmu ke jalanNYA.. diri ini akan berusaha sehabis mampu.. kadang-kadang adik terjatuh dan kadang-kadang naik tp semangat itu masih membara dalam hati.. dakwah perlu diteruskan dan adik harap akak pun sama-sama berjuang dan bekerja untuk islam dengan berdakwah..itu tugas kita..

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”. Subhanallah.. takut bila membaca ayat ni, betul2 terkesan di hati..Moga kita terus menyampaikan walaupun 1 ayat seperti hadis Rasulullah S.A.W "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Kakak…

Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku.. Adik sentiasa ada untuk akak selagi Allah mengizinkan..

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam”.(Riwayat Muslim)

Kakak..

Masih ingat lagi dengan mesej ni?

"Rindunya pada adik.. hanya pada ILAHI ku kirimkan rasa rindu ini agar DIA selalu merahmatimu dan memelihara uhkwah kita. Indahnye bile merindui adik kerana Ilahi, terasa semakin mendekatiNYA.."

Akak pernah bagi pada adik dulu pada 16/1/2011..Indahnya ukhwah yang terjalin keranaNYA.. moga kita dapat bersama-sama bekerja dalam menegakkan kalimah tauhid..sama-sama berjihad..

Allah matlamat kami,

Rasul pemimpin kami,

Al Quran perlembagaan kami,

Jihad jalan kami,

Mati Syahid cita-cita tertinggi kami.

Sekian sahaja dari adik.. maafkan adik jika ada tutur kata atau perlakuan yang melukakan hati kakak selama kita berukhwah, diri ini tidak sempurna dan punya kelemahan.. Hanya Rasulullah SAW sahaja manusia yang sempurna.. Moga ukhwah kita berkekalan hingga ke Syurga.. insya Allah..

Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah kesejahteraan di kalangan kamu."

Sanah helwah ya habibatie~ Ana uhibbuki fillah Abadan abada.. :)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts