Sunday, May 29, 2011

hyn_pya ^___^



Happy birthday kak pia !

bismillah ...

Ucapan ini KHUSUSAN ILA kak pia yang sangat dikasihi dan disayangi ,
Pertamanya MAAF sngt sbb x wish birth akak AWAL2 ...
kesibukkan yg melanda diri ini menyebabkan apa yg diingat sudah di lupai .
Ana memang sangat2 x sengaja ! MAAF KAK ! syg sngt akak keranaNYA ,
Akak insyaALLAH ucapan di bawah ni ana coretkan khas utk akak & insyaALLAH ikhlas dri hati ana . HARAP AKAK TERIMANYA DGN SENANG HATI . Maaf x ada hadiah . klu birth akak yg ke 6 sya'aban tu akak turun JB insyaALLAH hadiah tu akan ana beri .. HEHE ... ok back to topic ! bacalah ucapan dibawah ini . IKHLAS utkmu syg !

Keindahan ukhwah keranaNYA amat ku rasai atas hadirnya dirimu ,

kasih sayang daripada seorang kakak sngat ku kecapi daripadamu,

keihlasan tutur katamu banyak membakar semangatku ,

keriangan gelak tawamu bnyk menghiburku dikala duka ,

keindahan ukhwah keranaNYA amat ku syukuri ,

kerana dikau kakak ku yang sering disisi ,

walau jauh dimata namun hati ku sering berbunyi dengan nama mu ,

hatiku lebih mencintaiNYA dan rasulNYA apabila mengenali dirimu ,

Dikau mujahidah yang sangat tegar menegakkan islam yg suci ,

Hatimu dikau isi dengan mengigati ALLAH ,

cintamu padaNYA tidak dapat ku bilang dgn kata2 ,

kasih sayang mu pada Rasul tidak dpt dibantah sesiapa ,

Ana amat bersyukur mengenali diri akak ,

tidak dapat ana bayangkan jika perhubungan persahabatan kita ni retak kerana
fitnah @ segala benda yang diperdaya oleh iblis ,

Moga hati kita saling sayang keranaNYA ,

Moga hubungan adik & kakak akan kekal selamanya ,

AKAK usia adalah amanah kelak akan ditanya olehNYA apa yg kita lakukan dgn usia
kita,

Moga ianya di isi dgn perkara yg bermanfaat ,

AKAK adik pohon 1 perkara ,

jgn pernah tinggalkan adik jika adik tersungkur dari jalanNYA ,

jgn pernah akak lupa mendoakan adik supaya iman adik tegar dan jiwa adik sentiasa
bergetar apabila di sebut namaNYA ,

&

Ana juga tidak akan lupa mendoakan kesejahteraan akak dunia & akhirat

Moga ukhawah kita diredhaiNYA & moga ukhwah ini akan menemukan kita di jannahNYA
...

AMIN ..

uhibbukifillah ~

~HYN195production~

http://hyn1905.blogspot.com/2011/03/happy-birthday-kak-pia.html

Friday, May 27, 2011

Cinta yang tak dilupakan


"Assalamualaikum, tetiba ati ini dipukul rase rindu yg teramat dgn die,
rindu sehingga x t'bendung airmata ini utk terus m'galir.
Ntah la, terasa diri semakin jauh darinya tp x mampu utk lakukan ape2,
x penah lupekannya,
x penah b'henti menyebut namenya dsetiap doa kudus ku,
mgkin itulah yg menguatkan ukhuwah kami,
saling m'doakan.
Ketahuilah wahai habibatie,
dirimu sentiasa ku rindui n ingati walau tanpa khabar dariku,
maaf akan kekurangan diri semakin mengabaikanmu"
-kakak-

ana uhibbuki fillah abadan abada..saya sayang kamu selama-lamanya kerana Allah.. :)
hanya ini yang adik ungkapkan untuk menjelaskan segala yang tersirat dalam hati adik..
Adik sentiasa merindui kakak hanya kerana Allah.. moga ukhwah kita kekal hingga ke syurgaNYA.. ameen.. ^__^


Tuesday, May 24, 2011

Monday, May 23, 2011

Semangat & Pengajaran dari kisah Nabi Nuh a.s



Assalamualaikum… J

Alhamdulillah kali ana nak brkongsi sedikit ilmu tentang kisah Nabi Nuh a.s berdakwah dalam menyampaikan agama islam. Semalam ana menghadiri kelas agama yang disampaikan oleh Doktor Danial Zainal Abidin yang selalu diadakan pada setiap hari ahad, jam 3 petang di kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang. Kelas ini terbuka pada sesiapa sahaja yang berminat & tak rugi jika menghadirinya kerana pengisian yang diberi oleh beliau sangat MANTAP!

Okeh, kembali pada topic kita.. Surah Nuh tergolong dalam surah Makiyyah yang diturunkan sebelum penghijrahan dan surah-surah makiyyah lebih menekankn aspek akidah serta keimanan manakala surah-surah madaniyyah diturunkan selepas penghijrahan ke madinah dan surah-surah ini menekankan aspek hukum Allah.

Dalam surah Nuh menceritaakn tentang Rasul utusan Allah iaitu Nabi Nuh a.s dalam menyampaikan mesej yang sama seperti yang dilakukan oleh Rasul-rasul yang lain iaitu mengajak manusia untuk menyembah Tuhan yang 1 iaitu Allah SWT serta memberikan peringatan tentang azab2 Allah bagi yang ingkar. Allah memberikan peluang pada kaum Nuh untuk berubah dalam masa 950 tahun tapi kebanyakan dari mereka tetap ingkar. Akhirnya Allah turunkan bala, iaitu banjir yang sangat hebat.
Firman Allah SWT, “sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya (dengan perintah) “Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih (iaitu) sembahlah Allah, bertaqwalah kepadaNYA dan taatlah kepada ku, niscaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umurmu) sampai pada batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui.” (Surah Nuh: 1-4)

Nabi Nuh a.s telah berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun tapi hasilnya tidak bertambah. Usaha Nabi Nuh tidak pernah putus sebaliknya baginda terus mencuba. Nabi Nuh berdakwah tanpa henti, siang dan malam, daripada dakwah secara senyap-senyap berubah kepada terang-terangan dan kemudian berubah lagi kepada terang-terangan dan senyap-senyap tapi hasilnya tetap sama. Apabila Nabi Nuh menyeru kaumnya untuk menyembah Allah, mereka menutup telinga mereka, membantah serta menyombongkan diri.

Firman Allah SWT, “ Dia (Nuh)berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang & malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, jesteru mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (utk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkn bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri. Lalu sesungguhnya aku menyeru secara terang-terangan. Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam-diam.” (Surah Nuh: 5-9)

Surah Nuh banyak memberi pengajaran serta semangat untuk para pendakwah. Jika dakwah antum tidak diterima atau tidak berjaya, ingatlah kisah Nabi Nuh kerana Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tapi hasilnya kurang dan tak bertambah namun baginda tidak pernah berputus asa. Jika dibandingkan dengan kita, dakwah kita tidak sehebat Nabi Nuh dan apabila dakwah kita tidak berjaya, janganlah sesekali brputus asa. Dalam berdakwah ni, kita akan berjumpa pelbagai ragam manusia dan semestinya antum semua sudah mengalaminya kan? Bila kita berdakwah, ada segelintir yang susah untuk menerima dan ada juga yang mula membantah dengan memberikan hujah-hujah mereka sendiri atau mula mempersoalkn soalan-soalan yang tak munasabah semata-mata untuk menjatuhkan kita.

Nabi Nuh sendiri juga mengalami perkara yang sama dan sudah semestinya lebih hebat dari apa yang kita alami tapi baginda tidak berputus asa, sebaliknya baginda cuba mencari cara baru dalam berdakwah dan bila cara trsebut tidak berjaya, baginda terus mencuba lagi dengan cara lain dan perkara ini lah yang boleh kita contohi. Jika dakwah kita tidak berjaya, kita harus mencuba cara pendekatan yang lain, ada sesetengah orang sesuai dengan cara dakwah ni dan ada sesetengah orang sesuai dengan cara yang lagi satu. Sebagai Seorang pendakwah, kita harus persiapkan diri dengan 5 ciri iaitu, berilmu, ikhlas kerana Allah, sabar, menjadi contoh yang baik dan lemah-lembut dalam berdakwah.

Al-Quran semangnya penawar buat kita semua dan surah Nuh merupakn penawar utk kita dalam berdakwah. Alhamdulillah, ana sendiri rasa bersemangat bila menghayati surah Nuh daripada ayat 1-9, banyak pengajaran yang diperolehi sebab itu ana berkongsi dengan antum semua dengan harapan ia akan memberikan semangat baru pada antum..insya Allah. ^^,v

Thursday, May 19, 2011

3 . 7 . 19

Assalamualaikum.. alhamdulillah ana selamat tiba ke rumah ana beberapa minggu yg lepas..
baiti jannati~ :)

3 . 7 . 19 . apakah? hehe.. sbnrnya 3, 7 & 19 ialah tarikh istimewa bg org2 yg ana paling sayang pada bulan mei..

3hb mei 2011: ulang tahun kelahiran seorg insan yg begitu penting dlm hidup ana, yg telah melahirkn ana dan memelihara ana dr kecil hingga sekarang.. Selamat hari lahir mak! jazakallahu khairan kathir atas didikan mak pd ana.. yg mengenalkn ana pd Allah & Rasul.. mengajar ana ilmu2 akhirat.. menanam semangat jihad melalui kisah2 pejuang2 islam sewaktu kecil.. alhamdulillah.. ana sgt brsyukur berada di jalan yg betul.. sayang mak FOREVER & EVER!



7hb mei 2011: ulang tahun kelahiran doktor kesayangan ana.. alhamdulillah ana trgerak hati utk brkenalan dgnnya.. dia lah yg mengenalkn ana pd dunia tarbiyyah dan masukkan ana dlm usrah.. alhamdulillah.. byk nasihat yg ana terima drnya.. syukran akak.. sayang akak sgt2 krnNYA.. x sabar nk brtemu dgn akak thn depan.. x sabar nk tunggu akak blik msia.. harap sgt akak dpt hadir pd hari istimewa ana nanti.. luv u sis.. :)



19hb mei: ulang tahun kelahiran adik yg prasan matang.. haha :P selamat hari lahir sayang.. adik byk bg semangat kt akak.. syukur jua krn dipertemukan adik. Allah sebaik2 perancang kn.. :) smoga kita brdua terus istiqamah dgn apa yg kita wat skrg dan smoga ukhwah kita kekal hingga ke jannahNYA~ uhibbuki fillah abadan abada! smoga doa adik dimakbulkn.. iA. penat akak jd detective conan.. huhu.. :P



Alhamdulillah... Sanah helwah sayang2 ku semua.. smoga nikmat umur yg dikurniakn ini dimanfaatkn sebaik mungkin dan smoga sentiasa dibawah rahmat & lindunganNYA slalu.. ameen.. uhibbukum fillah~! ^___^

Wednesday, May 11, 2011

Jadual berCINTA adik ana..


5 am : tahajjud (2 rakaat) + tilawah 2 ms
'...dan bertahajuddlah, moge ALLAH mengangkatmu ke tempat yg terpuji'
...Rasulullah berahajjud hingga pecah tumit kakinye'
'...Allah tunggu kamu... tahajjudlah dengan penuh rindu, tilawahlah dengan getar hatimu serta munajat dengan lelehan air matamu kerna takutkanNya dn harapkan keampunanNya.

Subuh : solat + wazifah sughro (bace 1x)
tgh hr : klu bole, cari mase qailullah

zuhur : solat

asar : solat + wazifah sughro (bace 1x)

maghrib : solat + tilawah 3 ms + tadabbur ms yg da baca hr ni (5 ms) (tadabbur dgn hati, spy dapat singkap hikmah yg tersirat di sebalek ayat2 cinta tu. ( kalu bole, ayat tadabbur yg menarik tu, tulis kat buku nota)

isya' : solat + bace buku ilmiah/internet utk tambah pengetahuan (ni kekuatan muslim tau) + ana bagi tugasan kat anti; sebar mesej islam wlu sikit kat mad'u sesape pon
'balligh 'anni walau aayah'- samapaikanlah dariku walau satu ayat. klu kite nk sampikn kat org lain, kite kena ade pengetahuan gak...

‎*stiap detik, lidah dn hati tak putus2 zikir kpd Allah beserta getaran hati bile sebut name Allah. Allah...rindunye
*ingat, setiap gerak kita, perbuatan... niat ibadah kpd Allah
*bile2 sabtu/ahad , cari prgram usrah(jemaah) utk membasahkan iman...

Thursday, May 5, 2011

F.I.T.N.A.H



Assalamualaikum... alhamdulillah ana baru sahaja selesai menghadapi imtihan.. walaupun pelbagai ujian yg diberi sebelum menghadapi peperiksaan tapi pada akhirnya segalanya berjalan dengan lancar pada hari peperiksaan ana.. alhamdulillah.. ana sangat bersyukur. :)

Tetapi pada hari peperiksaan itu jugalah ana menerima 1 berita buruk yang disebar2kan mengenai ana..ana difitnah mengikut kumpulan ajaran sesat.. hurm.... sedih sebenarnya bila kisah mengenai ana diputar belitkan dan ditambah dengan fitnah yang buruk2.. Ana betul2 x sangka perkara sebegini akan terjadi.. :(

Selepas mendengar khabar berita tersebut, ana terus mengadu pada sahabat perjuangan ana, Hurun 'Ain. Sahabat ana agak terkejut dan dia dapat syak "orang" ni lah yang telah memfitnah ana.. entahlah.. ana pun x pasti dan rasanya ana xda bermusuhan dengan siapa2 di kampus ana.. Sahabat ana bagi cadangan pada ana supaya berdoa pd Allah agar diberi petunjuk siapakah yang telah memfitnah ana sampai begitu sekali...


Mungkin ini lah ujian dan cabaran dalam tarbiyyah..
Sedangkan kekasih kita Rasulullah SAW masih kuat apabila dituduh dengan pelbagai fitnah mehnah yang lebih teruk ketika menyebarkan islam, ini kan ana.. manusia biasa yang masih baru dalam dunia tarbiyyah dan baru diuji dengan sedikit ujian.. ana harus kuat & tabah menghadapinya kerana ini jalan yang ana pilih. Ana masih pengang dengan kata2 seorg kakak yang ana kenal.. "teruskan berdakwah selagi belum ada orang menyatakan kamu gila.. seperti yang terjadi pada Rasulullah SAW ketika menyebarkan agama Allah.."

insya Allah, ana masih kuat dan ana akan teruskan perjuangan ini walaupun kadang2 terjatuh.. smoga nusrah Allah sentiasa bersama ana..

Popular Posts