Monday, June 13, 2011

INSPIRASI DARI ILAHI: Kemanisan iman disebalik ujian :)

Firman Allah SWT, “maka bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (94: 5-6)

Assalamualaikum, Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk ana memberikan sedikit perkongsian kali ni. Beberapa hari ni, ana telah diuji dengan dugaan yang begitu hebat. Mengapa ana mengatakan ia begitu hebat? Kerana ini lah kali pertama ana menghadapi dugaan yang melibatkan ukhwah persaudaraan. subhanallah, ana rasa seperti mahu melarikan diri jauh dari permasalahan ni kerana ana tidak sanggup untuk menghadapinya. Hampir setiap hari ana memikirkan permasalahan ini dan ana cuba untuk selesaikannya tapi bila ana cuba selesaikan permasalahan ini makin bertambah buruk. Kemudian baru ana teringat akan firman Allah SWT yang bermaksud.”(iaitu) orang-orang yang ditimpakan musibah, mereka berkata, “Inna lillahi wa inna ilahi raji’un.” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYAlah kami kembali).” (2:156) Astaghfirullahal’adzim… kenapa ana lupa perkara penting ini?

Ana cuba untuk tenangkan diri, cuba ceriakkan diri tapi ia terlalu perit bagi ana hinggakan ana merasa kekosongan dalam diri ana. K.O.S.O.N.G.. kosong kerana semakin jauh dariNYA. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan pada hambaMU yang hina ini.. T__T

Penyakit ana pun berulang kali datang akibat terlalu tertekan tapi ana redha mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang telah ana lakukan sebelum ini kerana apa sahaja penyakit atau musibah adalah merupakan kafarah dosa. Daripada Abdullah Mas’ud r.a., katanya Rasulullah SAW pernah bersabda, “Setiap orang Islam yang mndapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Allah menggugurkannya (mngampuni) kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daun-daunnya.” (sahih Bukhari)

Semakin hari, semakin perit ana diuji.. ana cuba jadi kuat sekuat Rasulullah dan para sahabat tapi ana tidak mampu. Akhirnya ana berputus asa.. ana begitu lemah dan letih untuk beralah. CUKUP ! ana tidak mahu masalah ini menguasai diri ana dan menyebabkan ana jauh dari Allah ! TIDAK ! ana tidak akan biarkan syaitan dan iblis menguasai minda ana dan mentertawakan ana ! Lantas ana membersihkan diri ana dan mengadap KEKASIH ana iaitu ALLAH SWT kemudian ana membuka kitab AYAT-AYAT CINTA dariNYA. Subhanallah.. ana terjumpa ayat yang begitu menyentuh hati ana, “Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian DIA menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian DIA menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. DIA kehendaki dan DIA Maha Mengetahui, Maha Kuasa.” (Surah Ar-Rum, ayat 54)
Ya Allah, ternyata KAU selalu ada bersama hamba-hambaMU.. v___v

Setelah itu ana menerima panggilan dari adik ana Shauqah Wardah.. kehadirannya begitu menenangkan hati kerana sifatnya yang ceria BANGAT ! serta nakal telah mencuit hati ana yang luka. Sepanjang panggilan, adik ana meluahkan kegelisahan yang dihadapinya dan menyatakan hasratnya/impian. Ada 3 impian yang ingin adik ana kecapi buat masa sekarang, pertama ingin dapat tawaran dari upu, kedua untuk lulus dalam ujian JPJ dan ketiga adalah dapat berjumpa dengan ana di Shah Alam. Subhanallah.. terharu ana mendengarnya. Syukran ya dik, insya Allah sama-sama lah kita berdoa padaNYA dan akak akan sentiasa doakan adik-adik akak terutamanya adik kandung ana, NAJAA dan SYAFIQ.. ^__^

Walaupun hati ana merasa tenang tapi fikiran ana tidak pernah berhenti memikirkan masalah ini. Ana sekali lagi membuka kitab AYAT-AYAT CINTA dari NYA dan subhanallah sekali lagi DIA ada bersama. “Wahai anakku ! Laksanakan lah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.” (Surah Luqman, ayat 17)

Kemudian tergerak hati ana untuk on nombor ana yang lama ana off. Tiba-tiba ana terima 1 mesej dari kak Rahmatiah,

“Sehebat mana pun dugaan yang kita hadapi,

Sekukuh mana pun cubaan yang harus kita jalani,

Sekuat mana pun mehnah yang mesti kita lalui,

Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,

Sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui,

Jangan pernah ada sendu dihati,

Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI,

Jangan pernah berhenti berdoa pada RABBUL IZZATI..

Kerana harapan adalah masa hadapan,

Kerana harapan adalah sumbr kekuatan,

Kerana DOA adalah pintu kebaikan,

Kerana DOA adalah senjata orang yang beriman..!”

Berderai air mata mengalir di pipi.. Ya Allah..

Syukran kak Rahmatiah atas kata-kata semangat, kebetulan akak muncul tepat pada masanya. Ana sebenarnya pelik, ingatkan akak tahu yang ana sedang bersedih tapi tidak..

Ana mula bermonolog sendirian,

“subhanallah DIA Perancang Yang Hebat..

Tatkala aku kesedihan, DIA kurniakan kegembiraan..

Tatkala aku kehilangan, DIA pertemukan aku dengan seorang insan baru..

Ya ALLAH.. kenapa? Kenapa?

Kenapa ENGKAU semakin mendekatiku apabila aku semakin menjauhimu..?

M.A.L.U..

Aku malu pada MU Ya Allah..

SANGAT-SANGAT MALU !

Tatkala ini aku merasakan kehadiran CINTA yang ENGKAU berikan padaku..

Hinanya diri ini untuk menerima kasih sayang dari MU tatkala diri ini dilumuri dengan DOSA…

Ya Allah.. aku bertaubat padaMU..

Ternyata ENGKAU bukan saja-saja memberikan dugaan ini tapi mempunyai tujuan disebaliknya..

ENGKAU MENGETAHUI apa yang tidak ku ketahui..

Tiba-tiba aku merasakan sedikit kemanisan iman disebalik ujian..

Subhanallah.. syukur, Alhamdulillah..”

Setelah itu tergerak hati ana untuk berkongsi pengalaman ana di blog, bukannya untuk menceitakan masalah ana cuma untuk mnceritakan kebuktian hebatnya kekuasa serta kebesaran Allah.. betapa hebatnya perancangan ALLAH, betapa hebatnya bila mencintai ALLAH.. subhanallah.. itulah antara kekuasaan ALLAH..

Benar lah kata sahabat ana, Hurun ‘Ain. “sentiasa berpegang dan beriman dengan ayatNYA. Insya Allah kita akan semakin mengenal Tuhan yang menciptakan diri.”

Hidayah dan petunjuknya selalu ada tapi bergantung pada diri sendiri samada mahu berubah atau pun tidak.. berdoalah pada Allah agar hati sentiasa lembut supaya hati mudah tersentuh dan mudah menyedari akan petunjuk dariNYA.. insya Allah..

"Carilah hatimu sewaktu membaca AL-Quran.

Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika

mengerjakan solat. Jika kau tidak temui,

carilah hatimu ketika duduk bertakafur mengingati

mati. Jika kau tidak temui juga berdoalah kepada

Allah, MINTA HATI YANG BARU.." (Imam al-Ghazali)

Sentiasalah mendekatiNYA terutama bila diuji dan jangan pernah berputus asa dari Rahmat Allah.. J

5 comments:

  1. my dear sayang :)
    tersentuh juga membaca post pia ini,sememangnya Allah Maha Tahu akan segala kekuatan dan kelemahan hambaNya ;)

    Allah yang paling dekat dengan kita walau kita menjauhinya..

    moga Allah terus kuatkan kita dalam bermujahadah di dunia

    ujian dan dugaan bukanlah malapetaka tetapi adalah untuk melonjakkan iman~muharrikdaie~

    terus tabah dan sabar dalam melalui liku-liku hidup yang penuh mencabar

    insyaAllah pia,
    amin~ :)

    ReplyDelete
  2. betul 2 ina, kerna masa ni lah hati2 mudah disentuh.. insya Allah. ameen.. mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
    insya Allah.. syukran ina cyg atas kata semngt & doa.. :)
    syg ina krnNYA..

    ReplyDelete
  3. kak ina , betol tu . ALLAH paling dekat dengan kita . sbb itulah jika kita semakin ingin mendekati ALLAH semakin ALLAH mendekati kita kan . :)

    kak pia . ana suka SANGAT2 POST yang ni sbb ana dapat merasakan ALLAH itu MAHA PENYAYANG kepada hamba2NYA . sentiasa ada untuk kita di waktu kita susah dan senang .

    teringat ana seorang akhi dekat sekolah ana ada cakap

    'AL-QURAN ni bukan sahaja ayat yang ALLAH turunkan kepada manusia di zaman rasulullah . tapi sebenarnya di dalam AL-QURAN itu ada terselit surat cinta yang ALLAH tujukan kepada kita .

    huhu . tahniah akak ! syg sngt2 kat akq !

    ReplyDelete
  4. BismillahirRahmanirRahim...
    Salam 'alaik ya sadiq..:)
    " Tiada yg bisa meleraikan resah,sedih dan amarah melainkan apabila hatimu dibasahi cinta, kasih dan pautan erat pada Yang Maha Esa.. Ujian yang Allah beri smemangnya bukan utk melemahkan kita akan tetapi membuatkan kita kuat dan lebih hampir dgnNYA kerana DIA sygkn kita dan DIA Tahu kemampuan kita utk m'hadapinya.. Alangkah indah hidup dikurniakan pelbagai rasa..ujian.. baru kita mengerti hati insan lain..agar kita bisa memahami jiwa yang lainnya.. Semoga istiqamah dalam Taubat ini.. moga taufiq dan HidayahNYA bersama kita semua..InsyaAllah.. Amiin.. Bersabarlah.. :)
    "Allahumma Yassir Wa La Tu 'assir"

    ReplyDelete
  5. adik shauqah wardah: syukran syg.. insya Allah.. moga adik juga tabah dlm menghdapi ujian. xmo nangis2 ye..;) hehe.. akak pn syg adik sgt2!!

    sahabatku, hurun 'ain: jazakillah ya sodiq.. uhibbuki fillah~! :)

    ReplyDelete

Popular Posts