Tuesday, July 12, 2011

Tips Istiqamah Melakukan Kebaikan




1. Memperbaiki hati (ikhlas kerana Allah)

2. Berdoa kepada Allah. Ini kerana doa merupakan kunci segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

3. Tidak panjang angan-angan.

4. Mempelajari dan mengetahui keutamaan istiqamah dalam diri dan teguh ketika berada di jalan Allah.

5. Memperhatikan dan menghayati isi-isi yang terkandung dalam al-Quran.

6. Merenungi akibat buruk sekiranya melakukan dosa.

7. Membiasakan diri mengerjakan amalan kebaikan dan mengamalkan perintah Allah.

8. Memilih teman yang baik supaya dapat membantu berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

9. Berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh mengundang fitnah kesesatan dan kebatilan.

10. Membaca sejarah hidup para Nabi, sahabat-sahabat Nabi dan generasi selepasnya yang berdakwah menyebarkan agama Allah.

sumber: akhbar iluvislam/24-30 jun 2011/muka surat 15/"sukarnya untuk menjadi baik"/ditulis oleh Zidni Nuran/.

Monday, July 11, 2011

Ukhwah semasa kecil vs Ukhwah semasa besar

Assalamualaikum.. kali ni ana nk bincangkn tentng ukhwah..
alhamdulillah, spanjang ana cuti 4 bulan dirumah ana ada menolong mak ana di tadika.
Ana slalu perhatikan gelagat kanak2 tadika yang comel2 bangat dan yang pasti NAKAL. hehehe..

Ana ada perasan 1 perkara, diorg slalu brgaduh sesama sndri hanya disebabkn perkara kecil & kdang2 sampai memukul antara satu sama lain tapi kejap sahaja diorg berbaik semula macam tiada apa yg berlaku sebelum ni. Tak mengungkit. Tak berdendam.

TAPI kenapa bila kita sudah besar/dewasa, susah untuk menjaga ukhwah? kdang2 ada yang berdendam, ada yang suka mengungkit, ada yang dengki, ada yang cemburu dan sebagainya hingga kan ada yang sanggup memutuskan hubungan.. KENAPA? sepatutnya pada umur2 sebegini lah fikiran lebih matang dan tahu buat keputusan yang baik.

Alhamdulillah, baru2 ni adik ana iaitu Syauqah Wardah ada menulis 1 artikel di blog nya yang bertajuk "sabar . ilmu . hati ?"<(klik utk baca) Antara pengisiannya ialah,
" cuba kita renungkan semula , rasa-rasanya , macam mana kita boleh tutur sehingga hari ni ye ? macam mana kita boleh mengenal huruf A B C ? bagaimana kita boleh mengenal angka 1 2 3 ? bukankah masa tu OTAK kita juga KOSONG ? tak tahu apa itu A B C ? tak tahu apa itu 1 2 3 ? tapi macam mana agaknya sekarang kita BOLEH mengenal SEMUA HURUF dan mengetahui SEMUA ANGKA ? adakah masa itu kita berfikiran negatif ??
tapi , masih ada lagi yang mempersoalkan .

'itu masa kecil . masa besar ni lain . masa kecil dulu ILMU SENANGLAH masuk ! tapi bila dah besar ni ILMU susah nak masuk ! cakap senanglah . . '

hurm ,, bagi nak menjawab persoalan tu . ana bagi satu syair Al-Imam al-Syafie

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Menurut Imam al-Ghazali :

“hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.”

Jadi , kita SEMUA dah FAHAM belum , KENAPA 'bila dah besar ilmu susah nak masuk' ? jawapannya kerana HATI !

mari kita semua tanya pada diri sendiri , MASA KECIL dulu banyak tak maksiat dan dosa2 yang aku lakukan ? ada tak aku buat PERKARA2 yang ALLAH LARANG ? masa aku kecil ada tak aku buat ini .. ada tak aku buat itu ... ?

dan muhasabah balik diri kita bila dah besar ni . MASA SEKARANG ni , aku lupa nak solat , masa aku besar ni aku tak tutup aurat , masa aku besar ni aku buat banyak perkara yang ALLAH larang . masa besar ni aku buat itu .. aku buat ini ... ?

cuba bandingkan kita dulu dengan sekrang ? jadi dah faham tak kenapa ILMU susah nak masuk dalam HATI kita ?
"

haa.. itu lah antara pengisian adik ana.. (tahniah yer dik.. i'm proud of u ^__^)
jadi.. apakata kita kaitkan dgn ukhwah.. knpa masa kecik2 dulu ukhwah kita xda masalah tapi bila dah besar ni mcm2 masalah.. knpa? mcm yg adik ana ckp, semuanya bermula dengan HATI.
Masa kecik2 dulu hati masih bersih & suci daripada perasaan yang kotor tapi bila dah semakin besar dan semakin banyak kotoran di hati maka mcm2 masalah dlm berukhwah bakal timbul. Susah hendak memaafkan, susah untuk melupakan kesalahan orang, susah untuk mengawal nafsu amarah, hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Ini semua brpunca dari hati masing2. JADI bagaimana hendak memperbaiki ukhwah yang ada? Bagaimana hendak menjaga ukhwah? SATU je caranya iaitu BERSIH kn Hati~ :)

Bagaimana untuk bersihkan HATI??

1) baca Al-quran berserta dengan maknanya sekali
2) dirikan solat malam seperti solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya
3) berzikirlah selalu
4) berbanyaklah berpuasa
5) berkumpullah dengan orang soleh

Apabila hati sudah bersih, maka tidak akan timbul salah faham dalam brukhwah.. insya Allah..
Jom~ Sucikan HATI & Sucikan UKHWAH FILLAH~ ^__^
wallahu 'alam~




Hadiah yang terindah pada 6 sya'aban~


"ku titipkan lagu ini ,
buat kau dengari ,
meski ia tak seindah alunan di hati ,
masa yang berlalu tanpa kita sedari ,
meninggalkan dan mencipta sebuah memori ,
kenangan yang telah kita ukir bersama ,
moga selamanya tersemat di ingatan .
apakah kita kan saling mengigati ,
saat nanti ,
bila bertemu lagi ,
tahukah itu lah yang sering ku takutkan ,
itukah kau yang pernah ku kenali ,
jangan kau lupa kenangan kita bersama ,
kerna ianya titik sebuah pertemuan ..
berpisahnya kita kali ini ,
ku mengharapkan ,
ia hanyalah perpisahan yang sementara ,
langit yang cerah bertukar kelabu saat kaki ku melangkah sayu .."

syukran kathir adikku syg, Syauqah Wardah~
sayang adik lillahita'ala.. ukhwah fillah abadan abada! smoga kita dipertemukan di tmpt yg adik impikan..insya Allah~

Friday, July 1, 2011

Hakikat Bahagia


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Popular Posts