Tuesday, October 9, 2012

Why Don't I Have A Boyfriend



Muslimah's, please memorize this.
Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.
---
She asked her: Why don’t you have a boyfriend? She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.
Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty. 

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend!

-ZS

Sunday, July 22, 2012

Nak berubah tapi....


Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah dgn izin dan kekuatan dariNYA, ana berpeluang untuk berkongsi dgn sahabat2 maya disini. Pertama sekali ana ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak 1433H. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Insya Allah ana sangat suka untuk brkongsi sedikit pengalaman dalam hidup ana yg mngkin dapat memberikan manfaat bagi sahabat2 disini sbb 2 ana labelkn post2 hasil karangan ana sndri sbg ~diary~. ^__^

Berbalik pd tajuk. Bg seorg da'ie, kita mmg biasa mendengar kata2 mcm ni, "Ana malu lah nk pakai tudung labuh", "Ana takut la nk berubah, nanti kwn2 terkejut then mula perli2 ana." , "Ana tak sedia lagi.." , "Ana x kuat..". =__=

Jadi apa yg perlu kita buat dgn sahabat2 mcm ni? trus putus asa?? TIDAK! Teruskan berikan dorongan pdnya, selalu ada bersama mereka insya Allah sahabat2 kita ni akan mula tuk melakukan perubahan dgn perlahan2. Dan yg penting DOA!

Ana ada 2 org sahabat yg paling ana rapat di kampus. Ana kenal mereka sejak semester pertma disitu. Mereka mmg baik dan dari keluarga yg baik2.. cuma belum mengenal tujuan UTAMA. Jadi ana mulakn misi CINTA. ^__^

Sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah dgn izinNYA hati mereka mula menyerap hidayah tanda CINTA dari Allah SWT. Allah tidak pernah melupakan hambaNYA. Ternyata mereka org2 yg terpilih utk meneruskn perjuangan Rasulullah SAW.

Dan ALHAMDULILLAH mereka bersama ana dalam BULATAN GEMBIRA <3 dan pada masa ini lah akan mula banyak perubahan2 dalam diri mereka. Ditambahkan pula kata2 serta pengisian dari naqibah yang di ibaratkan seperti benih dan hati2 mereka pula ibarat tanah yg baru dan sgt subur kemudian disirami pula CINTA dariNYA dan akhirnya tumbuh mekar dihati. (*wahhh.. ) ^___^

Parubahan dalaman susah orang nak nampak TAPI perubahan luaran yang melemahkan diri.. Takut org sekeliling terkejut dgn perubahan mereka dan mula bercakap mengenainya. Tapi sekarang perlukah kita takut utk berubah krn takut apa kwn2 ckp? Fikirkan pula, apa yg Allah ckp bila kita tak melaksanakan perintahNYA?? Jadi yang mana patut kita takutkn sebenarnya?? Takut pada manusia atau takut pada Allah?? Takut buat dosa atau takut buat pahala??

Bila sahabat kita mula rasa kurang yakin utk berubah, terus berikan semangat pdnya.. Bila sahabat kita malu atau takut nak labuhkan tudung, belikan mereka tudung.. Bila sahabat2 kita tak menutup aurat kaki, kita belikan stoking..
Semuanya bemula dgn benih CINTA LILLAHI TA'ALA<3

Alhamdulillah kedua2 sahabat ana sudah menutup aurat dengan sempurna insya Allah cuma salah seorng sahabat ana ni masih lagi takut2 nk pakai tudung yg labuh sdkit kerana ujian bgnya agak susah sdikit drpd sahabat ana yg prtama, dia sememangnya tegas dan tetap pendirian brbanding dgn sahabat yg kedua ni.. Bila pakai stoking, tdung labuh, handsock.. roomate kpd sahabat kedua ana ni suka perli2 serta mempersoalkn itu ini dan itu melemahkan dirinya. Ana agak bengang gak dgn roomate sahabat ana 2 kui3.. tapi hakikatnya itulah ujian bg org2 yg mula utk mendekatiNYA.. Ana terus berikan dorongn dan nasihat pdnya kerana dia ada keinginan yg tinggi dalam hatinya..

Pada satu hari, sahabat kedua ana brkata pada ana, "ana nak sgt pakai tudung labuh sbb bila pakai tudung labuh, ana rasa selamat.." THAT'S THE POINT! Allah SWT pernah berfirman,"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu & isteri-isteri orang mukmin, " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

Alhamdulillah sahabat ana yg pertama sudah mula melabuhkan tdung, sahabat ana yg kedua pula betekad utk pakai tdung labuh pd semester hadapan kerna kami bertiga memohon utk duduk sebilik.. Moga Allah permudahkn perubahan ini.. Ana sgt sayangkn kedua2 sahabat ana dan ana nak mereka bersama ana di jalan dakwah insya Allah..

Perubahan memerlukan doa+kesabaran+kasih sayang+semangat :)
Jangan pernah takut untuk mendekatiNYA tapi takutlah bila kita semakin menjauhiNYA

Sekian dari ana, yg buruk dari ana sndri dan yg baik dari Allah SWT.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa :)

Wednesday, June 20, 2012

Lafaz yang Tersimpan (untuk mak dan abah)


Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar

tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang

melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar

tingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan

(Nasyid UNIC)

Thursday, June 14, 2012

NIKMAT PENGORBANAN: Study VS Dakwah



Assalamualaikum, ana mulakan penulisan ana dengan lafaz “الرَّحِيمِ الرَّحْمنِ اللهِ بِسْمِ”.
Moga Allah redha dengan perkongsian ana serta melindungi ana dari perkara yang dibenci dan dilarang. Amin.
Alhamdulillah sekali lagi ana diilhamkan oleh Allah untuk menulis dan kali ni ana hendak berkongsi sedikit ilmu + pengajaran + pengalaman = insya Allah bermanfaat ^_^.
Okeh tajuk kali ni nikmat pengorban: study vs dakwah. Tamaknya ana nih sampai ada dua tajuk dan dua2 tajuk nak wat dalam satu entri.. hehu.. Sebenarnya ia berkaitan antara satu sama lain~ ngee~ :D

Perkongsian kali ni more pada diary hidup ana.
STUDY VS DAKWAH? = IJAZAH VS RISALAH?
Jika antum tanya pada ana, jawapan ana sudah semestinya ana mementingkan dakwah/risalah. Ana sudah ditanamkan satu prinsip oleh bekas naqibah ana semasa di Terengganu iaitu, “utamakan dakwah!” even sesibuk mana, even assignment bertimbun-timbun dan even ada kerja dalam group, hadirlah ke program dakwah.

Ana tertarik dengan kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau merupakan tokoh yang terbesar dalam Islam dan beliau juga pernah menjadi seorang pelajar.
Ada satu ketika, Hassan Al-Banna terlalu sibuk berdakwah padahal esok beliau bakal menghadapi peperiksaan. Pada malam itu, setelah beliau pulang dari berdakwah kemudian As-Syahid tertidur dan dalam mimpinya ada seseorang datang kepadanya dan bukakan helaian2 buku pelajaran untuknya serta mengajarnya. Pada keesokan harinya, semua bacaan yang dibaca olehnya didalam mimpi, masuk dalam peperiksaan. Subhanallah! Seram sejuk bila ana dengar kisah ni.. Hassan Al-Banna adalah pemuda dan pelajar yang sangat sibuk berdakwah tetapi beliau tetap pelajar yang paling top dan pelajar yang terbaik! Ana sangat teruja ~~, Dan ana jadikan kisah ni sebagai semangat ana. Ana semakin yakin dengan prinsip yang ana pegang!

Alhamdulillah setelah ana dipindahkan ke perak, ana dapat naqibah yang sangat best! Setiap kali usrah, ana mesti akan rindu pada mak ana sebab rupa dan gaya mereka agak sama.. huu.. windu mak… T__T


Baru-baru ni ada program dakwah pada hari ahad dan jika ikutkan ana sangat sibuk sebab selasa akan datang ana ada project presentation dan ana tak sentuh lansung projek tu! Siyes nih.. =..= Hari sebelum tu (sabtu) pula ana sibuk tuk berjumpa dengan adik-adik part 1 yang nak masuk usrah dan melawat sepupu yang sedang sakit di ipoh. Sememangnya ana telah korban 2 hari tu drpd membuat projek tugasan ana. Sebenarnya ana agak risau sebab ni merupakan presentation final tuk subjek trsebut tapi hati tetap mengatakan “aku mesti pergi ke program tu!”

Alhamdulillah program trsebut brjalan dengan lancar dan sangat2 best! Itu lah pengalaman yang tak akan ana lupakan. Setelah selesai program trsebut, ana pulang ke asrama. Fikiran risau memikirkan assignment yang tak siap tapi hati menjaminkan ketenangan pada diri. Jadi ana rehatkan diri ana sebentar kerana terlalu letih kemudian ana solat dan pada sujud terakhir, ana berdoa “Ya Allah, aku telah mengorbankan waktu untuk berdakwah dijalanmu serta menjaga kebajikan dakwah, maka permudahkanlah urusanku, percepatkanlah pekerjaanku, berilah pertolongan kepadaku kerana ENGKAU MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA dan MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA YANG ENGKAU KEHENDAKI. Amin.” Sebenarnya ana amalkan doa yang lebih kurang sama dengan doa naqibah ana. Naqibah ana juga mempunyai pengalaman yang sama yang pernah beliau ceritakn pada anak2 usrahnya.

Pada malam ahad, ana mula buat assignment ana. Semasa ana siapkan 6 design poster, ana sering melihat jam. Entah kenapa rasa masa berjalan begitu lambat sekali. Bila ana mengantok dan mata pun dah pedih, jd ana tidur. Ana rasa ana tidur lama tetapi sebenarnya ana baru je tidur dalam beberapa minit sahaja. Subhanallah ana makin yakin denganNYA. Kemudian ana sambung kerja ana hingga keesokan harinya. Ana semakin risau sebab website, report, dan sketches ana tak sentuh lagi. Alhamdulillah ALLAH hantarkan seorg sahabat utk membantu ana dalam membuat website dan Alhamdulillah kejap je dalam beberapa minit website ana dah siap padahal utk buat website akan ambil masa berjam2, berhari2 dan berminggu2.

Alahamdulillah! 6 keping poster dah siap print saiz A3 dan website pun dah siap. Cuma tinggal report dan sketches yang perlu dibuat setebal yang mungkin. V__V
Dan situasi yang sama berlaku pada ana, masa terasa begitu lambat berjalan dan tidur hanya sekejap tapi dah rasa macam tidur berjam2.

Pada hari yang dinanti2kan.. hari presentation. Alhamdulillah ana dapat present dengan baik dan lancar. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH. Tapi ujian ana masih belum selesai sebab ana masih belum sediakan text untuk ujian lisan mandarin dan beberapa assignment yang perlu dihantar dan ditunjuk pada hari rabu. Dan subhanallah sekali lagi Allah ada bersama. Assignment yang perlu ditunjuk sempat disiapkan semasa dalam kelas manakala assignment yang perlu dihantar tiba2 ditunda ke minggu depan. Kemudian untuk ujian lisan mandarin, Alhamdulillah ana sempat siapkan text dalam bahasa mandarin tapi ana masih belum dapat hafal kesemuanya kecuali ayat pertama. Ana risau jugak takut dapat markah rendah sebab lectr dah beritahu supaya hafal dan jgn tgk kertas tapi tiba2 pada hari ujian, lecturer ckp ni bukan ujian memori jadi boleh baca. Even nak jawab soalan pun bleh rujuk kertas. Huh? Terkedu sebentar tp sebenarnya Allah nak tolong hambaNYA. Alhamdulillah ujian selesai dengan tenang.

Syukur..alhamdulillah ana dapat merasakan kemanisan dalam berkorban demi dakwah. Seronok sangat dan ana tak rugi apa-apa pun! Tapi orang yang tidak berkorban utk dakwah adalah orang yang sangat rugi. Jika kita yakin denganNYA dan bekerja untukNYA, maka DIA akan berikan pertolongan. Jadi sahabat, jika sibuk dengan study, sibuk dengan assignmt dan sibuk dengan kerja group, tiba2 ada panggilan utk dakwah, maka korbankan lah semua itu utk luangkan masa dalam berdakwah. Ingat, Hassan Al-Banna juga seorang pelajar yang hebat dan seorg pendakwah yg hebat. Beliau lagi sibuk daripada kita tapi adakah kita mampu memberikan sumbangan pd islam sepertinya?

Kejayaan dalam pelajaran hanya bermanfaat didunia sahaja tetapi kejayaan dalam dakwah bermanfaat didunia dan diakhirat kekal selamanya..
DAKWAH IS NO. 1 FOR ME!

**Ana sekadar berkongsi kisah hidup ana yang mungkin boleh dimanfaatkan. Bukan utk tujuan membangga diri atau menyatakan diri ana ini bagus cuma ingin menunjukkn kebuktian kekuasaan Allah bila kita berkorban untukNYA. Ana mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau silap dan salah ana pada antum. Moga Allah redha'.

wallahu’alam.

Monday, June 4, 2012

CEMBURU DALAM BERUKHWAH??!



Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah??
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya...

Hakikatnya,beginilah ukhuwah kerana Allah.Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA,bukan kerana aspek2 lain.Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita.Bukan secara pilihan mahupun kebetulan,tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim.Ukhuwah itu juga datang selepas iman.Kerana untuk menjalinkan hati2 nurani kita semua,hati2 itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman.Kerana itulah:

...انما المؤمن الاخوة.....

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan.Orang yang menjadikan Islam itu sebagai komsas kehidupannya. Oleh kerana itu juga,orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia.Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang.Buat apa perlu kita cemburu,sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api2 syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah,kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik2 mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana,tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa,malah akan mengundang pelbagai rasa2 kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat2 yang lain. Tidak bukan???

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah.Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu,selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan2 yang seharusnya kita berukhuwah.Berkawanlah dengan sesiapa sahaja(ikut jantina la ya),seramainya,sebaiknya.Selagi kita masih mampu,berbuat baiklah pada semua orang.Usah kita timbulkan persoalan2 ranting yang tidak membawa kita ke mana2.Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah,jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh.Tidak sama sekali.Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya.Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir2kan la ya...


Sahabat,
Usah risau ya.Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah.Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.Meski kita berjauhan,Allah itu ada.DIA berikan kita senjata mukmin.Doa.Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh.Jangan takut dalam berukhuwah.Hargailah persahabatan yang terbina.Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat.Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasulnya.Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa.Ambillah pengajaran kisah2 terdahulu.Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita.Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat2 mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina.OK??? dah,jom berukhuwah!!!

..cemburulah..dalam amalan kebajikan...

"Ya Allah,peliharalah ukhuwah antara kami.Jauhkanlah hasad2 yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya"

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)
Blog: http://sejadahungu.blogspot.com

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "sekiranya kita mengingati Allah dikalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah. Wallahu'alam.

Wednesday, March 28, 2012

Kebaikan Solat Tahajud



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai salatullail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti berikut :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan solat tahajud tanda kita bersyukur di atas nikmat Allah SWT yang banyak telah kita kecapi. Solat tahajud sebenarnya dapat menjalin hubungan kasih kita kepada Allah SWT kerana di waktu dua pertiga malam waktu yang suci untuk bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT.

Thursday, March 15, 2012

Besarnya memohon maaf & memaafkan

"Bapaku ada sengketa dengan jiranku. Hinggalah satu hari, jiranku meminta maaf. Tetapi bapaku berdiam diri, kerana terluka dengan sikapnya. Lantas tidak memaafkan. Aku melihat kepada bapaku itu, dan mengambil peluang untuk duduk berdua bersamanya.

Aku berkata: ...Wahai bapa, mengapakah engkau tidak memaafkannya?

Bapa aku menjawab: Sesungguhnya aku terluka, dan benci akan sikapnya.

Aku berkata: Wahai bapa, bukankah dia telah meminta maaf. Apakah engkau ingin dia mati, na'uzubillahiminzalik, dalam keadaan engkau tidak memaafkannya, dan nanti engkau akan rasa bersalah dalam hidupmu kerana tidak memaafkannya? Dan bagaimanakah engkau hendak bertemu dengan Rabbmu Yang Maha Pemaaf itu, jika engkau mati dalam tidak memaafkan orang yang memohon maaf?

Bapa aku terkejut dan berkata: Mengapakah aku tidak terfikir sedemekian wahai Ala'?

Lantas bapaku bertemu dengannya, dan memaafkan. Mereka bertangisan, dan saling berpelukan. Nyata lelaki itu menyesal, dan nyata bapaku kelihatan lebih ceria selepas memaafkan.

Satu hari, tidak lama selepas itu, aku pulang lagi ke rumah. Seluruh rumah seperti dinaungi mendung.

Aku bertanya kepada Ibuku: Apakah yang telah berlaku?

Ibuku berkata: Sesungguhnya jiran kita itu baru meninggal tadi. Dan bapamu menangis tidak berhenti semenjak tadi. Naiklah wahai Ala', dan tenangkanlah bapamu itu. Aku naik, dan bertemu bapaku. Bapaku masih menangis hiba. Bila melihatku, terus dia berkata: Wahai Ala', kalaulah bukan kerana nasihat engkau tempoh hari, nyata aku adalah yang akan menjadi manusia paling menyesal pada hari ini."

Mati, tidak tahu bila. Selesaikanlah urusan. Hiduplah dalam kesederhanaan. Ada peluang memberikan kemaafan, kita beri. Ada peluang memohon kemaafan, kita mohon.

*hilal asyraf by langitilahi

https://www.facebook.com/notes/pengejar-cahaya/besarnya-memohon-maaf-dan-memaafkan/293708290650977

Sunday, March 4, 2012

MENAHAN MARAH

Satu daripada latihan bagi mencerdaskan emosi kita adalah menahan kemarahan. Marah adalah sifat manusia. Sebagai makhluk yang lemah, wajar sekiranya sifat marah selalu ada di sepanjang perjalanan hidup kita.


Berawal daripada manusia, kejahatan bersemi. Ia tumbuh subur dalam lubuk hati manusia. Semakin kita membiarkannya, hati kita menjadi semakin keruh. Pendam kemarahan itu dengan sebaik-baiknya. Ingatlah! Menahan kemarahan menjadikan kita lebih kuat.


Perhatikan kata-kata Nabi Muhammad ini,

Bukanlah orang yang kuat itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya pada saat dia marah.” Hadis Muttafaaqun ‘Alaih.


Begitu besar perhatian Nabi Muhammad, ada terjadi perkara ini. Seorang sahabat nabi datang bertemu beliau, lalu bertanya, “Berilah wasiat kepadaku.” Nabi Muhammad berkata. “Janganlah marah.” Hadis ini direkodkan oleh Bukhari.


Perhatikanlah! Janganlah marah. Singkat, jelas dan berisi. Nasihat Nabi Muhammad itu memberi petanda betapa kuatnya emosi manusia mempengaruhi kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah tepat sekiranya nabi memberikan nasihat kepada sahabat itu supaya menahan kemarahan.


Bagaimanakah cara menahan marah yang dapat melembutkan hati dan mencerdaskan emosi? Nabi Muhammad sudah mengajarkan solusi terbaik.

apabila ada diantara kamu marah dalam keadaan berdri, maka sebaiknya dia duduk, sekiranya dia tetap marah, maka baringlah.” Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi.


Dalam hadis lain, nabi berkata,

Sesungguhnya marah berasal daripad syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka, apabila ada antara kamu yang marah, hendaklah dia berwuduk.” Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud.


Subhanallah, betapa lengkap sunah Nabi Muhammad. Beliau mengajarkan dua cara terbaik memadam marah. Pertama, mengubah posisi tubuh. Kedua, membasahi tubuh dengan sentuhan wuduk.

Apakah faedah di sebalik kedua-dua cara itu? Mari kita teliti bersama.



MENGUBAH POSISI TUBUH

Merujuk kepada buku The Learning Revolution, penulis berkongsi penemuan ilmiah perihal kesatuan antara gerak tubuh dengan fikiran. Semakin kita menggerakkan tubuh dengan teratur, seperti mengubah posisi duduk dalam jangka masa yang khusus ataupun berolahraga, semakin banyak oksigen yang mengisi otak kita. Hasilnya, otak semakin segar dan berada dalam keadaan santai.


Sejumlah ilmuwan menyatakan, sikap tubuh yang buruk dapat menghambat aliran normal darah yang membawa oksigen menuju otak. Menjaga posisi supaya kepala segaris dengan tubuh semasa duduk, berdiri dan berjalan dapat membaiki fungsi kognitif secara keseluruhan.


Subhanallah, semua yang diajarkan Nabi Muhammad memberikan manfaat yang luar biasa. Pendapat ilmuwan itu menambah keyakinan kepada kita, semua yang diajarkan nabi memiliki dasar yang kuat dan bukan dongeng belaka.


Thomas Armstrong, seorang peneliti kecerdasan manusia, melalui bukunya 7 Kinds of Smart berkongsi,

Kita sudah mengamati bagaimana tubuh mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Perubahan halus dalam tubuh dapat berkiblat dahsyat kepad peristiwa mental. Akhir-akhir ini, para pendidik mulai menemukan, sikap tubuh juga adalah unsur penting, baik dalam meningkatkan mahu pun menghambat prestasi akademik murid yang masih muda.


Pengaruh mengubah posisi tubuh semasa marah sudah terjawab secara ilmiah. Apa yang mengejutkan adalah, mengubah posisi tubuh juga dapat menghilangkan mengantuk. Hal ini akan kita bahaskan pada bab cara melembutkan hati melalui kecerdasan fizikal.



SENTUHAN WUDUK SEMASA MARAH

Kita perlu mengambil wuduk setiap kali mahu mendirikan solat. Tujuannya adalah bagi membersihkan kotoran-kotoran kecil secara fizikal, malah secara batin juga. Oleh sebab itu, langkah terakhir bagi memadam kemarahan adalah dengan mengambil wuduk.


Apakah yang kita rasakan semasa air menyentuh ubun-ubun? Sejuk dan nikmat, bukan? Apalagi sebelum mengambil wuduk, kita disunatkan menyebut nama Allah.


Tidak menghairankan sekiranya Nabi Muhammad memerintahkan kita segera mengambil wuduk apabila dilanda kemarahan. Biarkan air wuduk membasahi wajah kita. Rasakan kesejukannya. Kemudian, berdoa kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada godaan syaitan. Syaitan selalu berusaha mempengaruhi kehidupan kita. Oleh sebab itu, jangan sekali pun bosan meminta perlindungan daripada Allah.


Melalui percikan air wuduk, syaitan menjauhi kita. Mereka tidak mahu berhadapan dengan kita. Apabila kita membiasakan diri dengan berwuduk, dengan izin Allah, emosi kita semakin terkendali dan hati semakin cemerlang.


sumber: buku 'Smart Heart'-"melembutkan hati dengan kecerdasan emosi" oleh Rusdin S. Rauf, m/s 29-31

Friday, February 24, 2012

Bunga-Bunga Cinta~


Assalamualaikum, alhamdulillah setelah sekian lama, pada hari ini 24 Feb 2012 ana mula update blog ana seperti biasa.. rindu ana tak? hehe.. perasan >,<

Wahh.. tajuk post kali "bunga-bunga cinta~" hehe.. siapa yang brcinta? bunga jatuh cinta ke? hehe..
alhamdulillah semalam ana pergi kuliah maghrib, ceramah kali ini brkaitan dengan kekasih kita iaitu Rasulullah SAW. Ustaz 2 banyak menyentuh tentang contoh hubungan suami isteri yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Ana tertarik dengan ayat ustaz 2, "nikah lah, semuanya halalan toyyiban" Sememangnya cinta selepas nikah lebih manis dan yang penting semuanya halal dan diredhai Allah SWT.

Setelah selesai majlis ilmu, ana dan mak ana mula melangkah kaki untuk pulang tetiba ada sorang mak cik menjerit, "sapa punya keta nih?" lepas 2 ana teringat yang ana ada keychain berbentuk kereta pemberian sahabat ana. Ana check dan memang betul lah! cepat2 ana pergi kat mak cik tadi.. fuhh.. alhamdulillah lh.. ana sayang sgt keychain ni.. tetiba ana teringat sahabat ana yang bagi keychain 2 dan tetiba jugak sahabat ana call! terkejut + excited.. huhu..
Rupa-rupanya sahabat ana call sebab nk suruh teman dia berbual kerana zauj nya sedang menjamah makanan. Zauj sahabat ana dijemput untuk memberikan ceramah di tempat mereka, untungnya sahabat ana nih dapat suami macam 2 dan dia sememangnya layak seperti yang Allah telah janjikn, "perempuan baik untuk lelaki yang baik" sungguh janjiNYA PASTI!

Tak lama lepas 2, zauj sahabat ana ni pn dah selesai makan. Dan sahabat ana minta diri, masa 2 trdengar la suara zauj sahabat duk mengusik sahabat ana nih.. ceria je sahabat ana nih, suara bahagia~ hehe.. berbunga-bunga~ masa 2 la ana dapat rasa indahnya cinta selepas nikah. Alhamdulillah sahabat ana bahagia disamping zauj tercinta. Ana pun turut bahagia bila melihat sahabat ana bahagia..
Rindu rasanya pada sahabat ana ni, dia baru sahaja nikah tapi ana tak dapat hadir pada hari pernikahannya disebabkan hal-hal yang xdpt dielakkn. Tapi insya Allah masa kenduri ana datang ^__^



Itu sahaja post kali ni, saja je nak berkongsi tentang indahnya cinta selepas nikah.. rasa berbunga-bunga.. hehe..
Sekian sahaja dari ana, wasalam :)

p/s: buat mujahidah kecil ana, "akak dah update blog!" hehe ;P

Wednesday, February 22, 2012

Siapakah golongan orang-orang fasik?


1. Seorang pemimpin tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah SWT walaupun dia berkemapuan dan berkuasa untuk melaksanakannya. (jika dia masih percaya hukum-hukum Allah SWT adalah yang paling baik tetapi tidak mahu melaksanakannya dia jadi fasik tetapi jika dia yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai dilaksanakan dan mempertikaikannya maka dia jatuh murtad)

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

2. Suka melakukan dosa-dosa besar dan maksiat seperti derhaka kepada kedua ibu bapa, berzina, minum arak. berjudi, melakukan sihir dan membunuh manusia tanpa hak, derhaka (nusyuz) isteri kepada suami dan tidak menutup aurat.

3. Tidak melakukan kewajipan kepada Allah SWT seperti meninggalkan solat, meninggalkan puasa Ramadan, tidak mahu membayar zakat dan tidak mahu mengerjakan haji (walaupun berkemampuan)

4. Suka mengambil harta secara haram seperti mencuri, mengambil rasuah, makan riba dan makan harta anak yatim dan merampas hak orang lain secara penipuan.

5. Suka mengumpat, membuat fitnah, menuduh wanita atau lelaki yang baik berzina dengan tidak membawa 4 saksi, mengadu domba, suka bersumpah palsu dan menjadi saksi palsu dimahkamah.

Firman Allah SWT maksudnya: ”Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatang 4 orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik, kecuali orang yang bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah an-Nuur ayat 4-5).

6. Berkekalan dengan melakukan dosa-dosa kecil . Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah SWT berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,

Apabila seseorang mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat orang fasik maka apakah pandangan Islam terhadap mereka ?

Dalam Islam orang fasik tidak dibenarkan melaksanakan beberapa tugas seperti dibawah :

1. Tidak layak menjadi khalifah atau pemimpin negara.

(Orang mukmin perlu pastikan pemimpin yang ingin dipilih tidak mempunyai ciri-ciri orang fasik)

2. Tidak layak menjadi mufti, hakim, qadi atau juru nikah.

3. Tidak layak menjadi saksi dalam hukum hudud, saksi nikah dan saksi perjanjian muamalah dalam Islam.

4. Tidak layak menjadi wali nikah (qadi /juru nikah perlu mencari wali lain yang bersesuaian menggantikan wali yang fasik)

5. Tidak layak menjadi imam solat berjemaah

Apakah kedudukan orang fasik di hari akhirat?

Sekiranya seseorang mempunyai ciri-ciri orang fasik dan dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan tidak minta maaf sesama manusia di atas perbuatan zalim dan kejahatannya sesama manusia ketika di dunia maka dia akan dimasukkan kedalam neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Firman Allah SWT maksudnya : ”Dan adapun orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka adalah neraka.” (Surah as-Sajdah ayat 20)

Jika terdapat pada diri kita ciri-ciri orang fasik maka janganlah bertangguh-tangguh lagi teruskanlah bertaubat meminta ampun kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : ”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman: ‘Wahai anak Adam! Sesungguhnya sebagaimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.’

‘Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.’

‘Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi. Kemudian kamu menemui Aku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyengutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Diambail dari: http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/apakah-ciri-ciri-orang-fasik.html

[Penulis adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]

Popular Posts