Monday, June 4, 2012

CEMBURU DALAM BERUKHWAH??!



Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah??
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya...

Hakikatnya,beginilah ukhuwah kerana Allah.Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA,bukan kerana aspek2 lain.Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita.Bukan secara pilihan mahupun kebetulan,tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim.Ukhuwah itu juga datang selepas iman.Kerana untuk menjalinkan hati2 nurani kita semua,hati2 itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman.Kerana itulah:

...انما المؤمن الاخوة.....

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan.Orang yang menjadikan Islam itu sebagai komsas kehidupannya. Oleh kerana itu juga,orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia.Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang.Buat apa perlu kita cemburu,sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api2 syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah,kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik2 mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana,tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa,malah akan mengundang pelbagai rasa2 kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat2 yang lain. Tidak bukan???

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah.Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu,selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan2 yang seharusnya kita berukhuwah.Berkawanlah dengan sesiapa sahaja(ikut jantina la ya),seramainya,sebaiknya.Selagi kita masih mampu,berbuat baiklah pada semua orang.Usah kita timbulkan persoalan2 ranting yang tidak membawa kita ke mana2.Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah,jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh.Tidak sama sekali.Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya.Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir2kan la ya...


Sahabat,
Usah risau ya.Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah.Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.Meski kita berjauhan,Allah itu ada.DIA berikan kita senjata mukmin.Doa.Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh.Jangan takut dalam berukhuwah.Hargailah persahabatan yang terbina.Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat.Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasulnya.Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa.Ambillah pengajaran kisah2 terdahulu.Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita.Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat2 mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina.OK??? dah,jom berukhuwah!!!

..cemburulah..dalam amalan kebajikan...

"Ya Allah,peliharalah ukhuwah antara kami.Jauhkanlah hasad2 yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya"

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)
Blog: http://sejadahungu.blogspot.com

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "sekiranya kita mengingati Allah dikalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah. Wallahu'alam.

Wednesday, March 28, 2012

Kebaikan Solat Tahajud



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai salatullail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti berikut :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan solat tahajud tanda kita bersyukur di atas nikmat Allah SWT yang banyak telah kita kecapi. Solat tahajud sebenarnya dapat menjalin hubungan kasih kita kepada Allah SWT kerana di waktu dua pertiga malam waktu yang suci untuk bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT.

Thursday, March 15, 2012

Besarnya memohon maaf & memaafkan

"Bapaku ada sengketa dengan jiranku. Hinggalah satu hari, jiranku meminta maaf. Tetapi bapaku berdiam diri, kerana terluka dengan sikapnya. Lantas tidak memaafkan. Aku melihat kepada bapaku itu, dan mengambil peluang untuk duduk berdua bersamanya.

Aku berkata: ...Wahai bapa, mengapakah engkau tidak memaafkannya?

Bapa aku menjawab: Sesungguhnya aku terluka, dan benci akan sikapnya.

Aku berkata: Wahai bapa, bukankah dia telah meminta maaf. Apakah engkau ingin dia mati, na'uzubillahiminzalik, dalam keadaan engkau tidak memaafkannya, dan nanti engkau akan rasa bersalah dalam hidupmu kerana tidak memaafkannya? Dan bagaimanakah engkau hendak bertemu dengan Rabbmu Yang Maha Pemaaf itu, jika engkau mati dalam tidak memaafkan orang yang memohon maaf?

Bapa aku terkejut dan berkata: Mengapakah aku tidak terfikir sedemekian wahai Ala'?

Lantas bapaku bertemu dengannya, dan memaafkan. Mereka bertangisan, dan saling berpelukan. Nyata lelaki itu menyesal, dan nyata bapaku kelihatan lebih ceria selepas memaafkan.

Satu hari, tidak lama selepas itu, aku pulang lagi ke rumah. Seluruh rumah seperti dinaungi mendung.

Aku bertanya kepada Ibuku: Apakah yang telah berlaku?

Ibuku berkata: Sesungguhnya jiran kita itu baru meninggal tadi. Dan bapamu menangis tidak berhenti semenjak tadi. Naiklah wahai Ala', dan tenangkanlah bapamu itu. Aku naik, dan bertemu bapaku. Bapaku masih menangis hiba. Bila melihatku, terus dia berkata: Wahai Ala', kalaulah bukan kerana nasihat engkau tempoh hari, nyata aku adalah yang akan menjadi manusia paling menyesal pada hari ini."

Mati, tidak tahu bila. Selesaikanlah urusan. Hiduplah dalam kesederhanaan. Ada peluang memberikan kemaafan, kita beri. Ada peluang memohon kemaafan, kita mohon.

*hilal asyraf by langitilahi

https://www.facebook.com/notes/pengejar-cahaya/besarnya-memohon-maaf-dan-memaafkan/293708290650977

Sunday, March 4, 2012

MENAHAN MARAH

Satu daripada latihan bagi mencerdaskan emosi kita adalah menahan kemarahan. Marah adalah sifat manusia. Sebagai makhluk yang lemah, wajar sekiranya sifat marah selalu ada di sepanjang perjalanan hidup kita.


Berawal daripada manusia, kejahatan bersemi. Ia tumbuh subur dalam lubuk hati manusia. Semakin kita membiarkannya, hati kita menjadi semakin keruh. Pendam kemarahan itu dengan sebaik-baiknya. Ingatlah! Menahan kemarahan menjadikan kita lebih kuat.


Perhatikan kata-kata Nabi Muhammad ini,

Bukanlah orang yang kuat itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya pada saat dia marah.” Hadis Muttafaaqun ‘Alaih.


Begitu besar perhatian Nabi Muhammad, ada terjadi perkara ini. Seorang sahabat nabi datang bertemu beliau, lalu bertanya, “Berilah wasiat kepadaku.” Nabi Muhammad berkata. “Janganlah marah.” Hadis ini direkodkan oleh Bukhari.


Perhatikanlah! Janganlah marah. Singkat, jelas dan berisi. Nasihat Nabi Muhammad itu memberi petanda betapa kuatnya emosi manusia mempengaruhi kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah tepat sekiranya nabi memberikan nasihat kepada sahabat itu supaya menahan kemarahan.


Bagaimanakah cara menahan marah yang dapat melembutkan hati dan mencerdaskan emosi? Nabi Muhammad sudah mengajarkan solusi terbaik.

apabila ada diantara kamu marah dalam keadaan berdri, maka sebaiknya dia duduk, sekiranya dia tetap marah, maka baringlah.” Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi.


Dalam hadis lain, nabi berkata,

Sesungguhnya marah berasal daripad syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka, apabila ada antara kamu yang marah, hendaklah dia berwuduk.” Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud.


Subhanallah, betapa lengkap sunah Nabi Muhammad. Beliau mengajarkan dua cara terbaik memadam marah. Pertama, mengubah posisi tubuh. Kedua, membasahi tubuh dengan sentuhan wuduk.

Apakah faedah di sebalik kedua-dua cara itu? Mari kita teliti bersama.



MENGUBAH POSISI TUBUH

Merujuk kepada buku The Learning Revolution, penulis berkongsi penemuan ilmiah perihal kesatuan antara gerak tubuh dengan fikiran. Semakin kita menggerakkan tubuh dengan teratur, seperti mengubah posisi duduk dalam jangka masa yang khusus ataupun berolahraga, semakin banyak oksigen yang mengisi otak kita. Hasilnya, otak semakin segar dan berada dalam keadaan santai.


Sejumlah ilmuwan menyatakan, sikap tubuh yang buruk dapat menghambat aliran normal darah yang membawa oksigen menuju otak. Menjaga posisi supaya kepala segaris dengan tubuh semasa duduk, berdiri dan berjalan dapat membaiki fungsi kognitif secara keseluruhan.


Subhanallah, semua yang diajarkan Nabi Muhammad memberikan manfaat yang luar biasa. Pendapat ilmuwan itu menambah keyakinan kepada kita, semua yang diajarkan nabi memiliki dasar yang kuat dan bukan dongeng belaka.


Thomas Armstrong, seorang peneliti kecerdasan manusia, melalui bukunya 7 Kinds of Smart berkongsi,

Kita sudah mengamati bagaimana tubuh mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Perubahan halus dalam tubuh dapat berkiblat dahsyat kepad peristiwa mental. Akhir-akhir ini, para pendidik mulai menemukan, sikap tubuh juga adalah unsur penting, baik dalam meningkatkan mahu pun menghambat prestasi akademik murid yang masih muda.


Pengaruh mengubah posisi tubuh semasa marah sudah terjawab secara ilmiah. Apa yang mengejutkan adalah, mengubah posisi tubuh juga dapat menghilangkan mengantuk. Hal ini akan kita bahaskan pada bab cara melembutkan hati melalui kecerdasan fizikal.



SENTUHAN WUDUK SEMASA MARAH

Kita perlu mengambil wuduk setiap kali mahu mendirikan solat. Tujuannya adalah bagi membersihkan kotoran-kotoran kecil secara fizikal, malah secara batin juga. Oleh sebab itu, langkah terakhir bagi memadam kemarahan adalah dengan mengambil wuduk.


Apakah yang kita rasakan semasa air menyentuh ubun-ubun? Sejuk dan nikmat, bukan? Apalagi sebelum mengambil wuduk, kita disunatkan menyebut nama Allah.


Tidak menghairankan sekiranya Nabi Muhammad memerintahkan kita segera mengambil wuduk apabila dilanda kemarahan. Biarkan air wuduk membasahi wajah kita. Rasakan kesejukannya. Kemudian, berdoa kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada godaan syaitan. Syaitan selalu berusaha mempengaruhi kehidupan kita. Oleh sebab itu, jangan sekali pun bosan meminta perlindungan daripada Allah.


Melalui percikan air wuduk, syaitan menjauhi kita. Mereka tidak mahu berhadapan dengan kita. Apabila kita membiasakan diri dengan berwuduk, dengan izin Allah, emosi kita semakin terkendali dan hati semakin cemerlang.


sumber: buku 'Smart Heart'-"melembutkan hati dengan kecerdasan emosi" oleh Rusdin S. Rauf, m/s 29-31

Popular Posts