Thursday, November 25, 2010

Semangat Dari Seorang Remaja



Assalamualaikum.
Hari ini ana mengikuti latihan panduan buat kali pertama. Agak gementar sebenarnya tapi semuanya demi memudahkan urusan ana dan keluarga. Dipendekkan cerita, pada waktu rehat ana dan seorang rakan baru berbangsa cina berehat di tempat yang disediakan. Kelihatan ada seorang remaja lelaki belasan tahun sedang berseorangan sambil memegang sebuah buku. Mulanya ana pikirkan buku panduan memandu tp bila lihat betul2(curi2 tgk. huhu :P) kelihatan corak yang selalu ada pada kitab al-Quran atau apa2 kitab. Akhirnya ana nampak dengan jelas, rupa-rupanya kitab ma'tsurat. Alhamdulillah ana rasa tidak berseorangan, tiba-tiba ana teringat yang ana masih belum membaca ma'tsurat. Mungkin itu 1 petunjuk atau peringatan buat ana. Ana rasa berbelah bahagi samada nk baca atau tidak kerana ada rakan yang berbangsa cina disebelah ana dan tiba2 pula dia ingin meminta diri utk masuk ke dalam terlebih dahulu.



Alhamdulillah ana berasa lega sekali, lalu ana pun mulakan bacaan ana, kemudian sayup-sayup kedengaran suara remaja lelaki itu yang sedang membaca beberapa ayat al-Quran. Subhanallah indah sekali bacaannya walaupun kurang jelas kerana kawasan tersebut mula dipenuhi orang dan ana pula tidak merasa segan untuk meneruskan bacaaan ana, mungkin itu satu semangat dari remaja tersebut. Tidak salahkan untuk melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar muslim? Setelah selesai, remaja tersebut sudah hilang dari pandangan ana. Mungkin sudah masuk ke dalam kelas. Melihat remaja sepertinya, semangat ana semakin pulih sedikit dan ana sangat gembira dan tenang sekali melihat remaja sepertinya yang meluangkan masanya dengan berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Sangat Indah~ subhanallah.. :)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts