Friday, November 19, 2010

Titik-Titik Kebangkitan



Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari raya aidil adha ana ucapkan pada sahabat2 semua. ^________^

Insya Allah satu pengorbanan yg telah dilakukan untuk melangkah ke jalan yg diredhai-NYA. Moga dgn pengorbanan itu dpt mengembalikan kekuatan ana utk melangkah naik ke tangga seterusnya kerana ana rasa ana semakin lemah dari hari ke hari dan kadang2 ana rasa, ana perlukan seseorg yg kuat imannya disisi ana supaya ana dpt merasakan kekuatan itu serta cuba utk mengikis sedikit demi sedikit sifat lemah itu dr dlm diri ana.

Syukur Alhamdulillah ana baru shj tamat diploma di UITM Terengganu, dan semasa usrah yg trakhir, naqibah ana ada berpesan, “cuba jd seorg muslim yg apabila dia berseorgn dia kuat, dan bila dia brteman atau bersama org ramai pn dia kuat”. Ana betul2 termakan dgn ayat 2 dan ana cuba utk menjadi seperti yg naqibah ana ckp kn. Persoalannya, bolehkah ana jd sprt itu?? Insya Allah ana cuba dan berusaha sedikit demi sedikit walaupun setitik.

Sudah lama ana tidak berkongsi ilmu dgn sahabat2 sekalian sama ada di blog atau di facebook kerana semangat ana yg semakin luntur agaknya.. hehe..tah la. Tp ana cuba utk dptkn semangt 2 balik dsbbkn masih ramai sahabat2 yg memerlukan pertolongn utk berubah walaupn ana sndri perlukan prtolongn, ana semakin lemas dan tenggelam oleh sifat lemah ini. Adakah ana menipu mereka dgn brpura2 kuat di hadapan mereka ketika mengeluarkn kata2 semngt pd mereka?? Ya Allah kurniaknlh kekuatan pdku.. T___T

Ana baru selesai membaca buku “Langit Ilahi-Tuhan Tidak Lupakan Kita”, karya Hilal Asyraf. Buku ini sedikit sbyk memberi semangat serta kesedarn dlm diri ana kerna ia byk memotivasikn diri dlm membina diri sbg seorg hamba Allah dan ana rasa ana ingin berkongsi beberapa pengisian yg ana rasakn menarik utk dikongsikn brsama supaya kita sama2 membina diri utk menjadi seorng hamba Allah.

Ini merupakan 1 petikan dlm buku trsebt, “Lihat shj org yg sering melupakan Allah SWT, tetapi Allah SWT tidak meninggalkn mereka. Mereka masih diberikn udara tanpa dikurangkan sedikit pun. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lg diberi pelbagai nikmat tanpa berkira. Kerdilnya kita, besarnya Allah. Tetapi kita sering lupa kpd-NYA, sedangkn Dia tidak pernh meninggalkn kita walau sebentar pun.” ~Hilal Asraf

Bila ana baca petikan diatas ni, ana betul2 rasa malu dgn Allah. Trlalu byk yg Dia beri tp kita mensia2kn pemberian 2. Ya Allah, hinanya aku dipandanganMU. Bila ana lihat sahabat2 seperjungn, ana rasa cemburu, sedih, malu dan mungkin sedikit harapan kerana mereka begitu kuat dlm jalan ini dan ilmu yg mreka ada sgt byk brbanding diri ana sndri. Ana ingin jd seprti mereka dan lebih dr itu tp ana trlalu lemah utk bangkit semula jd ana mula tekad utk bangun walaupn setitik demi setitik dan ana percaya dgn stitik itu akan menjadikn ana kuat. Semuanya bergantung pd usaha sndri dan ana cuba tanamkn kata2 naqibah ana dlm dri ana dan jdkn ia sbg pembakar semngt ana. Ana hendak mnjadi sorg muslimah yg bila brseorgn atau brsama org lain (ramai) dia tetap kuat! Insya Allah

Ana rasa setakat ini shj perkongsian yg ana nk share, iA ada masa lg, ana akan postkn petikan2 didalam buku motivasi ”Langit Ilahi” kerana ia byk memberi semangt serta inspirasi dlm membina diri sbg seorg hamba Allah.

Wallahu ‘alam J

No comments:

Post a Comment

Popular Posts